Honda CB650R Custom Dipameran Maya Dengan Rekabentuk Unik!
Global: Honda Motor Europe sedang merancang untuk mengadakan pameran 10 Jentera Terbaik Eropah untuk model CB650R yang dibina oleh para pengedar Honda dari Perancis, Sepanyol dan Portugal. Pameran ini sepatutnya diadakan di pesta Wheels & Waves pada 30 Jun hingga 4 Julai lalu.
Walaupun acara tersebut telah dibatalkan, pihak Honda tetap akan mempertontonkan jentera-jentera CB650R yang telah diubahsuai dengan cantik kepada para penonton menerusi lamanweb Honda Customs web (http://www.hondacustoms.com). Laman web ini disediakan dalam bahasa Perancis, Jerman, Itai, Sepanyol dan Portugal.
Antara model istimewa yang dipamerkan ialah jentera ciptaan khas bagi menghormati kebangkitan semula pengedar mereka yang terlibat dalam kebakaran yang dasyat, tribute untuk jentera perlumbaan endurance di Perancis dan rekacorak ala Honda CB750 Four ‘KO’ tahun 1969.
Para ‘pelawat’ laman maya ini juga turut diberi peluang untuk memilih jentera mana yang layak sebagai pemenang. Selepas membuat undian, mereka boleh memuat turun gambar-gambar motosikal yang dipamerkan itu ke dalam komputer, telefon pintar atau kongsikannya di media social.
CB650R Hedicion
Pembuat: Motor Sport, Madrid, Sepanyol
Konsep: 1966 Brabham Honda BT18 Racing
CB650R Akira
Pembuat: Hakuba Motor, Santander, Sepanyol
Konsep: Japanese Kaizen yang bererti ‘Penambahbaikan’ – sesuai dengan matlamat Hakuba Motor yang sentiasa mencari kesempurna dalam setiap pembikinannya.
CB650R Café Racer
Pembuat: Blanmoto Honda, Girona, Sepanyol
Konsep: ‘Steam punk dan café racer’.
CB650R Fenix
Pembuat: Mototrofa Honda, Trofa, Portugal.
Konsep: Lambang seperti burung Pheonix yang hidup semua – symbol untuk Mototrofa yang pernah terlibat dalam kebakaran.
CB650R Four
Pembuat: Sagaz Honda, Toulouse, Perancis
Konsep: Edisi jentera perlumbaa lasak 24 jam 2976 dan jentera lumba Honda RCB1000 yang ditunggang oleh Jean Claude Chemarin dan Roger Ruiz.
CB650R White Edition
Pembuat: 3C Motos, Anglet, Perancis
Konsep: Sifat berlawanan dengan model Black Edition yang digunakan mereka pada tahun 2019 lalu.
CB650R BMX
Pembuat: Werther, Nice, Perancis
Konsep: Gaya dan menyeronokkan seperi sedang menunggang basikal BMX.
CB650R KarbOne Edition
Pembuat: AZ Moto, Rouen, Perancis .
Konsep: Berinsipirasikan jentera Honda CB750 ‘KO’ yang pernah mendapat perhatian dunia pada tahun 1969.
CB650R FLAT TRACKER
Pembuat: ADN Motos, Cognac, Perancis
Konsep: DNA litar lasak
CB650R FOUR Limited Edition
Pembuat: Espace Motos, Angers, Perancis
Konsep: Jentera Lagenda CB750 Four
Popular