Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Jun 2015

MODENAS Yakin Akan Terus Bangkit!

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-Hicom Bhd telah mengumumkan peningkatan pasaran motosikal dalam negara dari 7% kepada 9%. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, En. Amirudin Abd Kadir, pencapaian itu diraih selepas Modenas berjaya menjual hampir 46,000 buah motosikal sepanjang tahun lalu.

“Walaupun sepanjang 2014 industri motosikal negara mengalami penurunan jualan yang mana jumlah penjualan industri (Total Industri Volume - TIV) menurun sebanyak 10 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu daripada 601,527 buah kepada 541,332 buah, tetapi jualan kami tetap meningkat,” kata En. Amirudin di Majlis Santai Media bersama Modenas dan penyampaian hadiah Peraduan Beli dan Menang yang diadakan pada April lalu.

Pelbagai inisiatif dan rancangan menarik telah diaturkan oleh pihak Modenas dengan tujuan untuk meningkatkan jualan dan antaranya ialah menerusi program Peraduan Beli dan Menang yang telah diadakan dari 15 Disember hingga 15 Februari lalu. Program ini juga diadakan untuk menyampaikan penghargaan kepada para pelanggan setia mereka.

Dua pemenang utama peraduan ini ialah En. Ahmad Rizal Aman dari Klang, En. Fakhrul Arifin dari Segambut dan En. Mohamad Azammudin dari Johor yang masing-masing membawa pulang sebuah Modenas CT100 yang bernilai hampir RM4,000 seunit. Kempen ini ternyata mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dengan 10,000 unit jentera Modenas telah berjaya dijual sepanjang tempoh kempen tersebut.

Demi membuktikan keupayaan jenteranya, Modenas dijangka akan memperkenalkan barisan pelumba mereka untuk saingan dalam perlumbaan cub prix kebangsaan tidak lama lagi. Sebagai pencinta dunia perlumbaan motosikal, kita berharap akan dapat melihat para pelumba Modenas mencipta kejutan seperti mana yang pernah mereka lakukan suatu ketika lalu. Sama-sama kita menunggu. RR

Isu Pada

Jun 2015

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.

Warta Roda

SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

Akhirnya model kembara, GSX-S1000GX sudah pun tiba di pengedar rasmi Suzuki dengan harga jualan rasmi RM89,900.