Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 24 Jun 2021

MV Agusta Turismo Veloce Cipta Rekod Dunia!!!

Segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan kini, MV Agusta dengan penuh bangga meletakkan nama mereka dalam rekod dunia selepas Valerio Boni telah berjaya merentasi 11 buah negara dengan jarak lebih daripada 2,000 kilometer.

Dalam masa 24 jam, Valerio telah merentasi Sweden, Denmark, Jerman, Netherlands, Belgium, Luxembourg, Perancis, Switzerland, Liechtenstein, Austria dan berakhir di Itali dengan menunggang Turismo Veloce Lusso SCS. Perjalanan yang dilakukan pada keadaan hari siang (bermatahari) paling lama turut membantu misi ini menjadi lebih selamat.

Acara yang diberi nama TVEE atau Turismo Veloce Europe Endurance ini memulakan perjalanannya secara rasminya pada 21 Jun 2021, 5.38 PM – dibuktikan menerusi resit pembelian petrol di sebuah stesen minyak di Malmo, Sweden yang hanya terletak beberapa kilometer dari sebuah jambatan menuju ke Denmark.

Gambar diambil sekitar jam 3.00 pagi.
Gambar diambil sekitar jam 3.00 pagi.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, TTVE ini juga menyasarkan sijil pengiktirafan SaddleSore 1600K dan SaddleSore 2000k daripada Iron Butt Association.

Selepas menikmati hari yang cukup cerah ketika di Sweden, hembusan angin yang menyegarkan bagaikan menyambut kehadiran Valerio ketika menyeberangi Jambatan Oresund untuk memasuki Denmark. Valerio juga bekempatan melihat keindahan matahari terbenam di sempadan Jerman sebelum diuji dengan hujan yang cukup lebat di sebelah malam.

Sekitar jam 11.00 pagi.
Sekitar jam 11.00 pagi.

Malam yang basah dan sejuk kemudiannya digantikan dengan sinaran matahari yang indah serta suhu alam sekitar yang semakin tinggi. Pengembaraan kembali selesa! Masa ternyata amat ‘cemburu’! Jika Valerio menunggang dalam kelajuan yang sekata, matlamatnya mudah tercapai tetapi dia harus menempuh pelbagai jenis cabaran seperti laluan yang sedang diperbaiki, kesesakan lalu lintas dan pematuhan tahap kelajuan yang ketat.

Menjelang senja, sekitar jam 7.00 malam.
Menjelang senja, sekitar jam 7.00 malam.
Suhu yang semakin sejuk.
Suhu yang semakin sejuk.

Dalam lima jam pertama, perjalanan sangat lancar dengan kelajuan purata sekitar 100km/j. Ini membolehkan Valerio memiliki lebih masa (5 jam lebih awal) tetapi keadaan itu tidak membuatkan Velario berpeluang untuk berehat/berhenti sebaliknya meneruskan perjalanan. Informasi yang didapati daripada jentera tunggangan membuktikan enjin berputar tanpa henti lebih daripada 23 jam.

Ketika di Netherlands, misi cipta rekod ini diuji dengan penutupan jalan yang menyebabkan laluan ditukar – menjadi lebih pendek daripada yang dijadualkan dan kelajuan jentera juga terpaksa diturunkan. Sempat? Jarak perjalanan cukup? Akhirnya pengiraan rasmi yang diadakan di Schiranna memberikan jarak keseluruhan perjalanan ialah sejauh 2,003 kilometer. Misi berjaya! Rekod Dunia tercipta!

Valerio Boni 'lima dari kanan' menamatkan cabaran dengan penuh bangga.
Valerio Boni 'lima dari kanan' menamatkan cabaran dengan penuh bangga.

“Segalanya berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih buat MV Agusta Turismo Veloce yang menyempurnakan misi ini. Ia adalah sebuah jentera yang selesa dan tahan lasak, dua perkara penting dalam situasi perjalanan saya. Ia adalah satu pengalaman luar biasa yang tidak dapat saya lupakan,” komen Valerio Boni. RR

Isu Pada

Ogos 2021

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.