Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Mei 2015

Komitment Kawasaki Untuk Kempen Derma Darah Kali Ke-7

Sejak tahun 2008 lagi, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd telah menganjurkan kempen menderma darah berganding bahu dengan Pusat Darah Negara. Kali ini ia diadakan di AEON Bukit Tinggi Klang, Selangor pada 12 April lalu.

Untuk memberikan tanda sokongan moral kepada kempen ini, pihak Kawasaki telah berjaya mengadakan satu konvoi khas melibatkan lebih kurang 250 buah unit motosikal terdiri daripada berbagai jenis. Konvoi ini bergerak dari ibupejabat Kawasaki di Glenmarie, Shah Alam pada pukul 9.00 pagi sebelum menuju ke tempat yang dituju untuk para peserta mendaftarkan diri sebagai penderma.

En. Jeffrey Lim menderma darah sambil ditemani Dr. Noryati Abu Amin, pengarah Pusat Darah Negara.
En. Jeffrey Lim menderma darah sambil ditemani Dr. Noryati Abu Amin, pengarah Pusat Darah Negara.

Program bermula dari pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang. Sessi cabutan bertuah juga diadakan untuk para penderma. Mereka yang bernasib baik berjaya membawa pulang hadiah-hadiah berbentuk baju-T, beg tangki dan produk-produk jenama Kawasaki.

“Pada tahun lepas, seramai 235 orang telah menampilkan diri untuk membuat dermaan darah. Tahun ini, kami berjaya mendapatkan lebih daripada 500 orang peserta daripada penunggang Kawasaki dan juga mereka yang berada di kompleks ini,” kata En. Jeffrey Lim, Pengurus Besar KMSB. Tambahnya lagi, kempen ini bertujuan menyedarkan masyarakat betapa pentingnya menderma darah kerana Pusat Darah Negara sentiasa memerlukannya untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

Dengan menyertai program derma darah ini, penunggang motosikal berkuasa tinggi juga dapat berbakti kepada masyarakat. Sama-samalah kita menyokong usaha murni ini. RR

Isu Pada

Mei 2015

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.