Lifan CUB-ADV LF125-26R: Moped Adventure
Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ada juga rakan-rakan yang belum tahu. Pengeluaran motosikal dari China iaitu Lifan Motorcycle telah mengeluarkan model moped adventure iaitu Cub-Adv125. Konsep baru ini adalah hasil inovasi dan keberanian para pereka untuk mencipta sesuatu yang lain daripada yang lain.
Lifan Cub-Adv ini didatangkan dengan enjin silinder tunggal, sistem penyejuk udara, empat lejang, 119.7cc yang berkuasa 6.0kW pada 7,500rpm dan torq 8.5Nm pada 5,000rpm. Jentera ini dikatakan memiliki tenaga yang cukup kuat untuk menyusuri pelbagai jenis laluan termasuklah yang sukar.
Untuk lebih mantap di jalan-jalan lasak, sistem saspensi di depan dan belakang menggunakan penyerap hentak jenis spring hidraulik. Model ini juga menawarkan tayar-tayar offroad yang berlainan saiz (mengikut pilihan pemiliknya). Cub-Adv125 ini seberat 105kg dan didatangkan dengan tangki sebesar 3.7 liter.
Untuk menarik minat ramai, jentera ini telah dikemaskan dengan lampu-lampu LED, panel meter LCD yang berwarna terang dan beberapa komponen aluminium.
Bagaimana pula dengan pandangan anda mengenai jentera ini? Boleh bersaing dalam pasaran Malaysia? RR
Popular