Zaqhwan Zaidi Sertai Moto2 Bersama Pasukan JPM Motorsport Racing Team
Kategori Moto2 di dalam perlumbaan MotoGP adalah perlumbaan yang sengit dengan ramai pelumba yang berpotensi untuk menjejak podium setiap kali perlumbaan diadakan. Dengan menggunakan enjin satu pengeluar sahaja iaitu Honda 600cc, empat lejang, ianya pasti memberikan persembahan yang hebat dengan rekaan casis yang tersendiri dari setiap pasukan yang bertanding.
JPM Motorsport bekerjasama dengan pereka casis perlumbaan terkenal, Eskil Suter yang sudah berpengalaman dalam perlumbaan Moto2 dengan menjuarai tiga kali kategori ini dan lebih 30 kemenangan. “Salah seorang pelumba yang pernah menjadi juara dengan casis rekaan saya adalah Marc Marquez dan Julian Simon, naib juara Moto2 pada tahun 2010,” kata En. Eskil Suter.
“Jentera perlumbaan kami berada di tahap tertinggi di dalam teknologi perlumbaan Moto2. Terima kasih kepada Suter dan saspensi KYB kerana menjadi rakan penaja teknikal. Kami dengan bangganya mengumumkan moto pasukan kami iaitu, Driven by dream, Fuelled by passion & Powered by patriotism,” jelas En. JP Chin, pengasas dan pemilik pasukan JPM Motorsport.
Pemilihan Zaqhwan sebagai pelumba rasmi menepati objektif pasukan iaitu memberi peluang anak muda Malaysia untuk bersaing bersama-sama para pelumba antarabangsa di peringkat yang lebih tinggi. Zaqhwan adalah juara keseluruhan kejohanan ARRC 2014 disamping mencatatkan keputusan yang amat baik di tempat kelapan ketika menyertai perlumbaan WSBK kategori 600cc di litar Sepang menggunakan tiket wildcard pada tahun lalu. Dia juga berkesempatan menyertai perlumbaan Moto2 juga dengan tiket wildcard dalam tahun 2013.
“Kami sudah melakukan enam kali ujian di litar Sepang untuk proses penyesuaian saspensi, casis dan kerjasama antara rakan pasukan juga diri saya untuk menghadapi perlumbaan pertama di Qatar penghujung bulan Mac nanti,” kata Zaqhwan. RR
Popular