Pembukaan Bilik Pameran Terbaru DAINESE
Demi memberikan perkhidmatan yang terus unggul dari masa ke semasa, JR Apparel Sdb Bhd selaku pengedar rasmi Dainese di Malaysia telah merasmikan pusat pameran terbaru mereka yang terletak di No:23 Jalan Penguasa A U1/53A, Temasya Square, Glenmarie. Majlis yang disempurnakan oleh En. Robert Tan (Pengarah JR Apparels Sdn Bhd), En. Eugene Lim (CEO), En.Tomasso Bruzzese (Pengurus Bahagian Asia Dainese) yang lebih meriah dengan kehadiran para penunggang motosikal dari pelbagai lokasi.
“Dengan pengenalan kepada pusat pameran Dainese terbaru ini, para pencinta motosikal boleh mendapatkan pelbagai jenis pakaian dan produk keselamatan seperti baju perlumbaan, jaket, pelindung belakang, sarung tangan, kasut, seluar menunggang, pakaian kasual dan macam-macam lagi. Di sini juga merupakan pusat pameran Dainese pertama di luar Eropah yang menawarkan servis membaik pulih beg udara pada baju perlumbaan D-Air,” kata En. Eugene Lim.
Dengan bermodalkan lebih daripada RM4 juta, pusat pameran Dainese tiga tingkat ini ternyata cukup gah, menarik dan menepati citarasa para pelanggan mereka. Kepada para pelanggan Dainese, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi pusat pameran terbaru ini. Dapatkan baju perlumbaan T. Crono P. Estiva yang dijual pada harga tawaran RM2,999 dan miliki pelindung dada secara percuma (selagi stok masih ada). RR
Popular