Dewi Yamaha Raikan Penunggang Wanita
Dewi Yamaha merupakan program tahunan anjuran Hong Leong Yamaha Motor untuk meraikan golongan penunggang motosikal wanita. Ianya juga diadakan untuk menggalakkan lebih ramai golongan wanita untuk lebih proaktif dalam aktiviti yang melibatkan motosikal dan tidak hanya terhad sebagai mod pengangkutan malahan sebahagian daripada gaya hidup.
Aktiviti Dewi Yamaha tahun ini diadakan secara maya melalui posting sosial media di mana para peserta digalakkan untuk membuat aktiviti berdasarkan 3 ciri utama Dewi Yamaha iaitu Berani, Siap Sedia & Bijak. Ia telah bermula dari 6hb Mac 2021 lalu dan penyertaan terbuka hanya kepada penunggang wanita Yamaha dan perlu mendaftar dengan wakil pengedar Yamaha yang terpilih. Menurut pihak Yamaha, posting yang telah diterima sangat menarik sehingga luar jangkaan.
Melalui posting tersebut, rata-rata penunggang motosikal wanita sekarang ini tidak lagi tertumpu kepada penggunaan skuter malahan mereka lebih selesa mengawal motosikal yang maskulin seperti MT Series. Terdapat juga mereka yang gemar model lama seperti RX-Z dan 125Z. Posting disertakan dengan #IAMDewiYamaha & #ChooseToChallenge berikutan tema International Women’s Day tahun 2021.
Hong Leong Yamaha Motor ingin terus meraikan golongan wanita di serata dunia. Oleh yang berikut, mereka telah mewartakan bahawa pada 8hb Mac sebagai Hari Dewi Yamaha yang merupakan juga tarikh Hari Wanita Sedunia.
Untuk menerajui pergerakan ini, pihak HLYM telah memilih Ahirinie sebagai Duta Dewi Yamaha. Diharapkan lebih ramai duta Dewi Yamaha pada masa hadapan yang terdiri daripada barisan para pelanggan HLYM sendiri. RR
Popular