Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 April 2021

Yamaha Nmax 125, Skuter Rasmi MotoGP 2021

Yamaha dan Dorna Sport telah menandatangani persetujuan untuk jalinan kerjasama yang menjadikan syarikat dari Jepun itu sekali lagi sebagai pembekal skuter rasmi bagi kejuaraan FIM MotoGP musim ini. Kali pertama Yamaha dipilih untuk menjadi pembekal skuter eksklusif untuk kejuaraan dunia ini dan telah mendapat kepercayaan oleh setiap kakitangan di paddock MotoGP.

Unit Nmax 125 yang digunakan di litar Portimao baru-baru ini.
Unit Nmax 125 yang digunakan di litar Portimao baru-baru ini.

“Yamaha telah menjadi pembekal rasmi jentera skuter untuk Dorna Sport dan FIM MotoGP sejak tahun 2005. Kerjasama ini sememangnya satu kebanggaaan buat kami. Yamaha Nmax 125 adalah sebuah jentera yang tangkas, lincah, mudah, praktikal dan mempunyai ruang simpanan yang luas. Ia adalah antara skuter terlaris di pasaran Eropah dan Asia, amat sesuai untuk kegunaan setiap penunggang,” kata Pengarah Pemasaran dan Motorsport Yamaha Europe N.V, Paolo Pavesio.

Menerusi perjanjian baru ini, Dorna akan dibekalkan sebanyak 25 buah skuter Nmax 125 dan telah pun digunakan pada perlumbaan pusingan ketiga yang berlangsung di Portugal baru-baru ini. Yamaha yakin Nmax 125nya akan menambah kecekapan dan kelancaran pergerakan kakitangan MotoGP ketika bertugas. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat terkena bongkah batu di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang di sini pada Jumaat lalu.

Dari Litar

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Boon Siew Honda telah mengumumkan nama pasukan baru tahun ini iaitu Honda Racing Malaysia untuk memberi cabaran dalam saingan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC), Superbike World Championship (WSBK), dan Malaysia Superbike Championship (MSBK).

Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.

Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.