Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 April 2021

Warna Baru Yamaha YZF-R15!

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan penambahan warna terbaru bagi Yamaha YZF-R15 2021 iaitu Silver. Pengenalan warna ini seiring dengan dua lagi warna sedia ada iaitu Race Blu dan Black yang berada di pasaran.

YZF-R15 merupakan antara model popular dari HLYM dengan menampilkan rekabentuk sport yang cukup bergaya, ranggi dan mantap. R15 dilengkapkan dengan enjin sejukan cecair, SOHC, empat lejang dengan sistem VVA yang memiliki hantaran kuasa setinggi 14.2kW pada 10,000rpm dan tork 14.7Nm pada 8,500rpm.

Antara ciri-ciri menarik yang dimilikinya ialah lampu-lampu LED, sistem Assist & Slipper Clutch dan pecutan yang mantap. R15 dengan warna Silver baru ini berada di pusat pengedar Yamaha pada April 2021 dan ditawarkan pada harga cadangan RM11,988 (tanpa insurans, cukan jalan dan nombor pendaftaran) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Setiap pembelian model sport ini akan menerima Kunci Brek Cakera Yamaha yang bernilai RM100. RR

Isu Pada

Jun 2021

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

MODA Sporter-S 250: Sesuai Untuk Kegunaan Bandar

Selepas diperkenalkan pada awal bulan Januari lalu, ketibaan model ini di pasaran negara memang agak 'panas'. Macam-macam riaksi yang diterima memandangkan ia adalah jenama terbaru yang diperkenalkan oleh Mdua Motor Sdn. Bhd., anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI).

Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.