Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 24 Mac 2021

Operasi Ekzos Bising Demi Keselesaan Orang Awam dan Keselamatan Jalan Raya: Ketua Polis Negara

Operasi Khas Kesalahan Ekzos Motosikal Bising yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah bertujuan untuk memastikan ketenteraman dan keselesaan awam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan hal tersebut selepas ada sesetengah pihak yang mengatakan pihak polis mengadakan operasi sedemikian hanyalah untuk mendapatkan wang.

Dari kiri: Tan Sri Abdul Hamid, Wazi, Syahrol Yuzy dan Affendi Rosli.
Dari kiri: Tan Sri Abdul Hamid, Wazi, Syahrol Yuzy dan Affendi Rosli.

Selepas menerima keluhan serta aduan daripada masyarakat dan para penduduk yang sudah bosan dengan bunyi bising ekzos motosikal sesetengah penunggang, pihak polis komited untuk meneruskan operasi agar mereka yang menggunakan ekzos yang diubahsuian atau 'ekzos perang' tidak lagi berleluasan di jalan raya.

Ketua Polis Negara turut menyatakan mereka yang telah ditahan di sepanjang operasi berumur di antara 20 hingga 30 tahun yang berkarier tetapi sanggup berbelanja besar untuk mengubahsuai sistem ekzos. Rata-ratanya penunggang motosikal yang cenderung untuk menggunakan ekzos ubahsuai atau 'ekzos perang' adalah untuk peningkatan kelajuan. Justeru wajarlah mereka yang sudah menukar 'ekzos perang' untuk kembali menggunakan ekzos asal daripada menerima hukuman.

Sidang media yang berlangsung di Kompleks Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman turut dihadiri Pengarah Jabatan dan Penguatkuasaan (Trafik JSPT), Datuk Azisman Alias dan para pelumba dari Malaysia Motorcycle Racer Association (MRRA).

Mengenai bagaimana pula dengan tindakan yang boleh dikenakan kepada pihak yang menjual sistem ekzos ini, Datuk Azisman berkata ianya diluar bidang kuasa JSPT kerana pihak polis hanya menumpukan pada penguatkuasaan. Pihaknya telah berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas kedai-kedai yang menjual peralatan ekzos dan sebagainya.

Bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid menjelaskan bahawa tidak ada sebarang bukti dari segi teknikal yang menyatakan secara khusus penggunaan sistem ekzos ubahsuai akan menambah kelajuan untuk sesebuah motosikal.

Wazi Abdul Hamid
Wazi Abdul Hamid

Wazi turut menjelaskan peningkatan prestasi dan kelajuan sesebuah motosikal bergantung kepada pelbagai komponen dan talaan seperti enjin, sistem bahan api (karburetor/suntikan) dan banyak lagi. Beliau turut mencadangkan agar penggunaan 'ekzos perang' hanya dihad di litar dan untuk tujuan perlumbaan sahaja. RR

Isu Pada

Mei 2021

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.