Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 16 Mac 2020

Kawasaki Terus Komited Untuk Keselamatan Penunggang

Tahniah buat Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) di atas penganjuran Kempen Keselamatan Jalan Raya KMSB 2020 yang kini memasuki tahun keempat. Kempen yang dianjurkan bersama Persatuan Penjual Motosikal & Skuter Malaysia (MMSDA) ini adalah untuk memberi kesedaran buat para pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal tentang ciri-ciri sebuah motosikal yang selamat dan penekanan tentang bahayanya penggunaan telefon bimbit ketika menunggang.

Pemeriksaan dilakukan oleh para mekanik KMSB yang terlatih.
Pemeriksaan dilakukan oleh para mekanik KMSB yang terlatih.

Sudah pasti usaha murni KMSB ini amat dialu-alukan oleh semua pihak memandang perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan pada bulan Januari yang lalu. Kempen keselamatan dengan tema “Utamakan Keselamatan, Elakkan Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Menunggang” telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar ditemani oleh Pengerusi Eksekutif KMSB, Ahmad Faez bin Tan Sri Yahaya dan Pengurus Besar/Pengarah KMSB, Datuk Jeffrey Lim.


Dalam teks ucapannya, En. Faez menyatakan pihaknya sentiasa memandang serius dalam masalah kemalangan yang menghantui negara selama ini dan salah satu langkah yang diambil oleh pihak KMSB ialah dengan penganjuran program 'Kawasaki Safety & Responsible Riding Course' atau KSRR yang memberi tunjuk ajar serta memberi ilmu buat para penunggang motosikal supaya lebih peka dan bersedia semasa berada di jalan raya. Dengan pendedahan tentang cara menunggang dengan betul, diharap ia dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan.

“Jumlah kemalangan jalan raya setiap tahun tidak menunjukkan penurunan sejak 10 tahun yang lalu. Hampir setiap kali menjelang perayaan, kita akan terbaca di media massa mahu pun media sosial mengenai masalah ini. Walaupun pelbagai program, peraturan dan penguatkuasaan telah dijalankan oleh pihak kerajaan seperti JPJ dan PDRM, statistik masih membimbangkan kita,” kata Datuk Kamarudin.


“Sikap pengguna jalan raya juga sangat penting dalam memastikan kadar kemalangan dapat dikawal dan diturunkan. Sifat positif dan hormat terhadap pengguna lain perlu diamal agar bersama-sama lebih bersabar dan bertolak ansur. Antara kunci utama ialah tidak mementingkan diri sewaktu berada di jalan raya,” tambah beliau.

Menerusi kempen yang dijalankan, para penunggang motosikal yang hadir telah diberikan pemeriksaan 16 bahagian penting oleh para mekanik KMSB yang terlatih. Turut diberikan kepada mereka yang mendaftar ialah set baju windbreaker dan pertukaran topi keledar lama kepada yang baru. Kempen tersebut telah berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. RR

Isu Pada

Februari 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.