Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 3 Mac 2021

MIROS Terima SYM VF3i 185 LE Untuk Tujuan Penyelidikan

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah menerima sebuah motosikal SYM model VF3i 185 LE yang disumbangkan oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd bagi keperluan penyelidikan dalam usaha meningkatkan keselamatan penunggang motosikal di Malaysia.

MIROS dan Mforce akan menjalankan kolaborasi penyelidikan bagi meningkatkan ciri-ciri teknologi maju untuk motosikal, khususnya teknologi brek Anti-Lock Braking System (ABS) yang amat penting bagi mengelakkan roda dari mengunci dan menyebabkan motosikal tergelincir dan terjatuh. Walaupun sistem ABS ini telah lama digunapakai dalam dunia pengangkutan, namun begitu ia masih dikira agak baru untuk dipasangkan pada jentera moped. Dengan adanya motosikal ini, MIROS dapat menjalankan kajian keberkesanan ABS khususnya pada motosikal berkuasa rendah.

Selain keberkesanan ABS, MIROS juga akan menjalankan kajian mengenai reaksi penunggang motosikal semasa berhadapan dengan situasi kecemasan. Motosikal ini juga akan digunakan untuk menjalankan latihan penunggangan defensif di dalam Program Sokongan Keselamatan Perjalanan (CSSP).

Diharapkan agar kolaborasi penyelidikan antara MIROS dan Mforce akan berterusan demi merealisasikan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2021-2030 yang menjurus penghasilankenderaan yang lebih selamat bagi pengguna jalan raya. RR

Isu Pada

April 2021

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Model Baru

Kawasaki ZX-6R 2025 Sudah Boleh Ditempah Bermula 1 Disember Ini. Harga asas RM59,900

MODENAS telah melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R terbaru bermula pada 1 Disember 2024 di semua bilik pameran Kawasaki All-Star.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.