Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Mac 2015

Kelab CBR-RR MALAYSIA Raikan Penubuhannya

Sejak kelab ini ditubuhkan tahun lalu atas inisiatif para pemiliknya, mereka berjaya mengumpulkan lebih daripada 270 buah motosikal jenis Honda CBR1000RR dan CBR600RR dari seluruh semenanjung Malaysia. Selain mengeratkan silaturrahim sesama ahli, mereka juga dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang menyihatkan seperti berkonvoi amal ke rumah anak-anak yatim, berekspedisi dan sessi perjumpaan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman.


Pada penghujung Januari lalu, Kelab CBR-RR telah mengadakan satu jamuan makan tengahari di salah sebuah restoran arab terkemuka di ibu negara. Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk meraikan ulang tahun pertama sejak penubuhannya. Lebih daripada 200 orang peserta dari negeri-negeri utara tanah air, pantai timur, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor turut memberi sokongan dan kemeriahan pada acara tersebut.


“Hampir sebulan diperlukan untuk membuat persiapan demi menjayakan majlis ini dan kami telah berjaya mengumpulkan sebanyak 180 buah motosikal CBR600RR dan CBR1000RR pada hari tersebut. Respon yang diterima amat memberangsangkan dan terima kasih tak terhingga kepada semua penaja dan ahli jawatankuasa yang telah memberikan komitmen tinggi untuk memeriahkan gathering Honda CBR-RR 2015,” kata En. Hairol, salah seorang pengasas kelab.

Hidangan negara Lubnan yang menyelerakan.
Hidangan negara Lubnan yang menyelerakan.

Sambil menikmati hidangan yang enak, para peserta juga dapat berkongsi ilmu dan pengalaman menunggang bersama pelumba tersohor negara iaitu Zamri Baba, pelumba ARRC 2013. En. Ibrisyam Daud, seorang bekas pelumba dan pengusaha kedai motosikal pula menyampaikan nasihat berguna mengenai keselamatan menunggang dan insurans motosikal. Acara cabutan bertuah juga diadakan dan hadiah paling menarik adalah sistem ekzos S.C Project yang menjadi ‘rebutan’ para peserta.

Nak tambah nasi lagi boleh?

Ahli jawatankuasa Kelab CBR-RR turut mengambil peluang untuk memperkenalkan logo dan motto kelab iaitu Congregate (berkumpul), Befriend (berbaik-baik) dan Respect (hormat) atau ringkasannya C.B.R kepada para hadirin. Ia amat bersesuaian sekali dengan kelab ini yang kesemuanya pencinta Honda CBR.

(Kiri) En. Ibrisyam Daud menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
Menurut En Hairol lagi, kelab ini juga membuka keahlian kepada para pengguna Honda CBR650F jika mereka berminat untuk menyertai CBR-RR. Selesai semua acara, para peserta bergambar kenangan bersama-sama di hadapan restoran yang dipenuhi motosikal.

Ahli jawatankuasa kelab bergambar dengan Zamri Baba (empat dari kanan).

Aktiviti seterusnya adalah acara trackday di litar Sepang pada bulan April nanti. Menurut perancangan kelab, tahun ini juga akan diadakan majlis Makan Malam Tahunan CBR-RR di Johor. Kepada para pemilik Honda CBR 600cc ke atas di luar sana yang masih belum menyertai kelab ini, cepat-cepatlah ke CBR-RR di laman facebook. RR

Oleh: Firdaus

Isu Pada

Mac 2015

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng, jam pukul 10.15 pagi semalam.

Model Baru

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.