Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mac 2015

Boon Siew Honda Bantu Mangsa Banjir

Walaupun keadaan banjir di beberapa kawasan Pantai Timur telah pulih sepenuhnya, mangsa-mangsa banjir kini terpaksa berdepan pula dengan masalah kerosakan yang melibatkan pelbagai jenis barangan dan kenderaan termasuklah motosikal. Atas keprihatinan Boon Siew Honda (BSH) kepada para pemilik motosikal Honda khususnya, Misi Kemasyarakatan Koporat yang menawarkan bantuan servis percuma telah dianjurkan pada 14 hingga 21 Januari lalu.


Sebanyak 12 buah pusat pengedar Honda di Tanah Merah, Pasir Mas, Gua Musang, Kota Bharu dan Temerloh telah dipilih bagi menjalankan misi murni ini. Lebih daripada 1,400 buah motosikal Honda telah berjaya diservis dan diselenggara sepanjang program di jalannya. Antara yang ditukarkan secara percuma ialah minyak enjin, palam pencucuh, topi keledar, set rantai dan bateri. Para pemilik Honda yang hadir ternyata meluahkan rasa bersyukur dan gembira kerana sedikit sebanyak usaha pihak BSH ini menjadikan kehidupan harian mereka lebih mudah dengan bergeraknya motosikal yang selama ini rosak teruk.

Antara motosikal yang diselaputi dengan lumpur.
Antara motosikal yang diselaputi dengan lumpur.
Pemilik motosikal Honda gembira & berterima kasih atas bantuan yang diberikan.
Pemilik motosikal Honda gembira & berterima kasih atas bantuan yang diberikan.

Pihak BSH menyifatkan program ini sebagai usaha membantu meringankan bebanan pemilik motosikal yang terjejas teruk akibat bencana banjir. BSH juga percaya bahawa adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk membantu masyarakat di waktu mereka amat memerlukan kerana sememangnya tiada jurang pemisah antara sesebuah syarikat itu dengan masyarakat. RR

Isu Pada

Mac 2015

Popular

  • Model Baru

    Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

  • Dari Litar

    Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

  • En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

  • Dari Litar

    Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

  • Warta Roda

    Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Artikel berkaitan

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Disyorkan untuk anda

En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

Boon Siew Honda mengalu-alukan En. Kunitomo Asano sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, menggantikan Encik Mitsuharu Funase yang telah dilantik sebagai Pengurus Besar Bahagian Lumba Motosikal di Honda Racing Corporation.

Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.