KTM Buka Pusat Pameran Terbaru
Para pelanggan dan peminat KTM pastinya akan turut bergembira apabila mendapati, KTM Malaysia CKD telah memperkenalkan pusat pameran terbaru serba lengkap yang terletak di Kota Damansara untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggannya. Pusat pameran yang bergelar 'KTM Lifestyle Showroom ini telah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Operasi KTM Motorrad-AG, En. Harald Plockinger, Ketua Pegawai Kewangan KTM Motorrad-AG, En. Victor Sigl dan Dato' Seri Syed Badlishah, Pengerusi Eurotech Manufacturer Sdn Bhd.
Dengan penjualan tahun lepas sebanyak 3,600 unit, KTM Malaysia CKD pastinya akan lebih bersedia untuk terus mendapat sokongan padu dari para pencinta motosikal di Malaysia. Bangunan tiga tingkat serba baru ini menawarkan rekaan dalaman yang ringkas tetapi cukup anggun. Ia dilengkapi dengan ruang pameran motosikal, aksesori lepasan jualan, barangan cenderahati, jaket dan pakaian kasual biasa. Selain itu, di sini juga merupakan lokasi terbaik buat KTM untuk menjadikannya sebagai pusat latihan dan pembangunan jentera KTM.
Menurut En. Harald, Malaysia merupakan antara pengeluar motosikal KTM yang menawarkan kualiti yang cukup tinggi dan membanggakan. Beliau juga amat berpuas hati dengan visi yang sedang pesat dibangunkan oleh pihak KTM Malaysia CKD dan berharap jumlah penjualan jentera mereka akan meningkatkan dengan pesatnya.
Pada hari yang sama, turut diadakan ialah majlis penyampaian anugerah penghargaan kepada para pengedar KTM yang menunjukkan jumlah jualan yang memberangsangkan. Lima pengedar terbaik KTM adalah Sendayan Motor, Wee Biker, CA Cycle Advance, Bike Station Sdn Bhd dan Hiap Aik Star Motorsport. RR
Popular