Bilik Pameran Serba Baru SYM!
Untuk menampung permintaan yang semakin meningkat dan juga memberikan ruang yang lebih selesa kepada para pelanggannya, SYM Malaysia telah merasmikan bilik pameran terbaru mereka yang terletak di No:15 Jalan Segambut Atas, Taman Segambut, Kuala Lumpur.
Bilik pameran yang menelan belanja hampir RM6 juta ini berukuran 65 x 120 kaki, siap dengan ruang pameran di tingkat bawah dan atas yang mampu memuatkan sebanyak 12 buah motosikal dalam satu masa. Terdapat lima ruang yang dibina untuk tujuan tertentu seperti ruang servis pantas (express service), ruang untuk servis lebih berat dan ruang penyimpanan motosikal.
“Kami yakin adanya bilik pameran ini, segala urusan dapat dilakukan dengan lebih pantas dan sempurna. Dengan penyasaran jualan sebanyak 90 ribu unit motosikal untuk tahun 2015, pastinya bilik pameran yang baru ini menjadikan SYM lebih bersedia,” komen En. Fabian Ong.
SYM Malaysia mempunyai lebih kurang 250 pusat pengedar di seluruh negara dan berharap untuk menambah bilangan Smart Dealer mereka dari masa ke semasa. Setakat ini sudah terdapat lima buah Smart Dealer di seluruh negara iaitu di Sungai Petani, Alor Setar, Johor Bahru, Tawau dan Pulau Pinang. Walaupun baru melancarkan dua buah jentera automatik, pihak SYM menegaskan untuk terus memberi tumpuan dalam dunia motosikal moped. RR
Popular