Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 4 Februari 2021

MIROS Bangunkan Teknologi Light Detection & Ranging (LIDAR) Untuk Keselamatan Penunggang Motosikal

Demi mengurangkan risiko perlanggaran dan angka kematian pengguna motosikal di negara ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) telah membangunkan satu teknologi berasaskan Light Detection & Ranging Technology (LIDAR) yang berupaya untuk mengesan kenderaan di hadapan seterusnya memberi amaran kepada penunggang motosikal untuk mengelak perlanggaran dengan selamat, termasuk pada kelajuan yang tinggi.

Teknologi berasaskan LIDAR merupakan komponen utama Sistem Bantuan Pemandu Termaju atau Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang telah digunakan secara meluas dalam reka bentuk kenderaan beroda empat.

Sesi demonstrasi oleh Penyelidik MIROS. (Foto: MIROS)

Dalam kajian yang dilakukan oleh MIROS, kematian melibatkan pengguna motosikal di Malaysia adalah tiga kali lebih tinggi berbanding dengan kematian melibatkan pengguna kereta, enam kali lebih tinggi daripada kematian melibatkan pejalan kaki dan hampir 50 kali lebih tinggi daripada kematian melibatkan penumpang bas.

“Kemajuan penyelidikan MIROS dalam teknologi ADAS untuk penunggang motosikal adalah satu pencapaian yang memberangsangkan kerana pengaplikasian teknologi ADAS sangat terhad dan tidak meluas digunakan dalam reka bentuk dan pembuatan motosikal.” Kata Ketua Pengarah MIROS, Ir. Ts. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim.

Faktor kesesuaian reka bentuk motosikal dan tingkah laku penunggang motosikal di Malaysia turut diambil kira untuk meningkatkan fungsi sistem dan mengurangkan penolakan penunggang motosikal dalam menggunakan teknologi ini. Prinsip utama reka bentuk teknologi ini ialah berimpak tinggi, kos yang rendah, berasaskan pengguna, dan mudah dipasang melalui reka bentuk naik taraf (retrofit design).

Amaran perlanggaran diberikan melalui tiga peringkat dan menekankan keupayaan untuk memastikan penunggang menyedari tepat pada masanya mengenai bahaya yang akan berlaku. Pendekatan reka bentuk yang digunakan juga diyakini dapat meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehsediaan teknologi ini untuk digunakan secara meluas dalam kalangan penunggang motosikal di Malaysia dalam masa yang singkat.

Mengulas mengenai kes kemalangan maut yang menunjukkan sedikit penurunan pada tahun lalu, Ir. Ts. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim penurunan kes ini adalah berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, namun begitu pihak MIROS akan tetap komited dan berusaha dalam mencadangkan intervensi kemalangan jalan raya dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. RR

Isu Pada

Mac 2021

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.