Yamaha 135 LC Diberi Sentuhan Baru
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan kehadiran model Yamaha 135LC yang diberi sentuhan serba baru ke pasaran tempatan. Model yang sentiasa mendapat permintaan tinggi ini telah diberikan beberapa ciri-ciri baru antaranya ialah penutup hon di bahagian hadapan, skup udara/pembias udara di bahagian cub sisi, panel penutup bawah enjin dan paparan meter dengan rekaan grafik baru.
Kemantapan model ini datangnya dari enjin empat lejang, sejukan cecair, 134cc yang menawarkan kuasa maksimum 8.93kW pada 8,500rpm dan tork 11.79Nm pada 5,500rpm. Dengan memiliki rekabentuk menarik dan ketahanan enjinnya, Yamaha 135LC bukan sahaja dipilih sebagai kenderaan tunggangan harian malah ia juga dipacu untuk pengembaraan ke luar negara. Memang cukup hebat!
Model baru ini ditawarkan pada harga RM6,868 (tidak termasuk insurans dan pendaftaran) dengan tiga pilihan warna iaitu Fiery Red, Storm Blue dan Comet Grey. Turut menanti para pembeli jentera ini ialah kunci brek cakera Yamaha. RR
Popular