Anita Bikers Week Satu Kelainan
Anita Bike Week bukan sahaja program untuk mengumpulkan para pencinta motosikal sahaja tetapi ia juga bertujuan untuk mendedahkan lagi para peserta dengan keindahan alam di negara sendiri (Go Green), mengeratkan silaturrahim dan menunggang dengan berhemah. Saya lebih suka konsep santai seperti family day kerana ia merapatkan perhubungan antara kita semua,” kata Anita Yusof, Penganjur Anita Bike Week.
Program ini juga dijalankan dalam 10 siri dan antara lokasi yang telah dipilih ialah Port Dickson, Kuala Tahan dan UUM Sintok. Menurut Anita, dia menyasarkan untuk menghabiskan 10 sirinya seawal suku pertama tahun hadapan. Siri pertama yang diadakan di Janda Baik ternyata menerima sambutan yang cukup menggalakkan dengan kehadiran kelab-kelab motosikal seperti Will Hin Motor, Bikers Brotherhood Club, Merah 114 Raider Two Lane, Bentong Bikers Club dan Regal Raptor Bikers.
Antara aktiviti menarik yang disediakan kepada para peserta ialah konvoi amal, cabutan bertuah, stunt show, beberapa jenis permainan tradisional dan persembahan nyanyian daripada selebriti terkenal tanahair seperti Hail Amir, Yantzen dan Royce. “Saya menyokong sepenuhnya program seperti ini kerana ia lain daripada yang lain. Saya sukakan motosikal easyrider kerana tampak ranggi dan bergaya di samping bentuknya yang cukup mantap,” kata Yantzen. RR
Popular