Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Januari 2015

Konvoi Benelli Jelajah Ke Krabi

Untuk merapatkan hubungan sesama pencinta motosikal, Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) telah menganjurkan satu konvoi ke Krabi, Thailand yang disertai oleh para pemilik jentera Benelli berbagai jenis seperti TnT600, Tre1130K dan Benelli Century Racer 1130. Para peserta konvoi ini terdiri daripada ahli-ahli kelab F.R.U (Freedom Rider United), Selangor Benelli Club (SBC), Aroma Bikers dan dibantu oleh penunggang-penunggang dari BKM sendiri.


Konvoi yang melibatkan 11 buah motosikal ini telah memulakan perjalanan mereka di R&R Rawang. Perjalanan menuju ke Utara berjalan dengan lancar disebabkan para penunggang yang cukup berpengalaman dan berdisiplin tinggi. Selepas proses kemasukan ke Thailand selesai dengan imigresen dan kastam, konvoi meneruskan perjalanan ke bandar Hatyai untuk bertemu dan bermesra dengan pengedar motosikal jenama Benelli dan Keeway di situ.


Para penunggang diuji dengan cuaca yang agak buruk sepanjang perjalanan ke Krabi, sejauh 288 kilometer dari Hatyai tetapi mujurlah tiada apa insiden berlaku. Ini telah membuktikan betapa pentingnya pengalaman menunggang jika ingin bermotor ke tempat lain terutamanya di luar negara. Setibanya ke destinasi, mereka memulakan aktiviti utama iaitu “explore” keseluruhan pekan Krabi. Kebanyakan peserta belum lagi pernah sampai ke sini dan inilah peluang terbaik untuk mereka menikmati suasana dan juga keindahan pantainya.


Selain pantai yang putih dan air laut yang membiru, Krabi juga terkenal kerana makanannya yang lazat. Antara juadah kegemaran para peserta ialah 'Pulut Mangga' dan lempeng berbagai rasa seperti lempeng kismis, lempeng nutella, lempeng kelapa dan macam-macam lagi. Kemeriahan diteruskan pada malam itu dengan aktiviti bersiar-siar dan menikmati makan malam ala seafood yang cukup lazat.


Setelah dua malam di Krabi, para peserta meneruskan perjalanan dan kali ini ke Danok pula. Keesokan harinya, konvoi memulakan perjalanan dengan perasaan gembira dan puas. “Terbaik konvoi ini dan bagi seorang yang pertama kali berkonvoi jarak jauh, saya amat berpuas hati kerana diberikan peluang untuk menimba pengalaman yang berharga ini” kata salah seorang peserta, En. Mohd Irwan juga dikenali sebagai Wayie.

“Letih! Tapi berbaloi!” kata Muaz Mazlan, juga peserta konvoi yang menunggang Benelli TnT600. “Syukurnya, pergi balik sejauh 1650 kilometer, tiada masalah langsung.. Benelli terbukti terbaik!” kata Udinor Rizal.


“Harap pihak BKM dapat menganjurkan lagi konvoi jarak jauh sebegini, sebab kami dapat memupuk silaturrahim sesama ahli!” kata Azni Effendy atau AyahMac. Selepas ini? Rancangan BKM seterusnya adalah untuk Koh Samui dan juga ke beberapa lokasi penting dan menarik seperti Chiang Mai dan ke '1000 corners'. RR

- Ahmad Gordon

Isu Pada

Januari 2015

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga hari ini iaitu Calibro 700.

Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Model Baru

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.