Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Januari 2015

SIBU BIKE WEEK 2014 : Catatan Pengembaraan Liberated Rider Grup

Nak pergi ke tak nak pergi? Kalau tak pergi, tak best la pula bila hanya mendengar cerita daripada kawan-kawan. Rugi woh kalau tak pergi, sebab inilah event paling grand untuk bikers di Sarawak tahun ni. Tak lain tak bukan, event yang dimaksudkan ialah Sibu Bike Week (SBW) buat kali ke-4 yang telah berlangsung pada 5-7hb Disember lepas di Sibu Town Square Phase 2, Sarawak, anjuran Razz Chopper Motor Club.


Liberated Rider Grup (LRG) yang baru ditubuhkan pada tahun ini telah diwakili oleh lima buah motosikal terdiri daripada BMW 1000RR (Bro Pudin), SYM T2 250 (Bro Farhan & Bro Faizal), Kawasaki Ninja 250 (Bro Wak) dan Kawasaki 250Z (Bro Reez). Perjalanan kami juga diiringi oleh Sis Yanti yang memandu kereta sambil ditemani oleh anak-anaknya dan isteri Bro Reez.

Pukul 8 pagi, kami berkumpul di stesen minyak Shell Luak, Miri bersama beberapa kelab motosikal lain yang telah berkumpul di sana seawal pagi untuk pitstop dan mengisi minyak. Rancangan untuk bertolak awal sedikit terlewat disebabkan hujan turun dengan lebatnya. Kami mula bertolak lebih kurang pukul 9 pagi sambil berdoa agar tiada apa-apa yang buruk berlaku sepanjang perjalanan.


Hujan yang turun sepanjang perjalanan betul-betul menguji ketahanan fizikal dan mental serta keupayaan mengendalikan motosikal di atas jalan yang licin. Kami berhenti di stesen minyak Shell simpang Jalan Bintulu – Sibu pada pukul 11.30 pagi untuk mengisi minyak dan berhenti rehat. Jarak perjalanan baru 201 kilometer sedangkan perjalanan ke Sibu masih separuh lagi perlu diteruskan. Perjalanan disambung semula dan kali ini lebih mencabar kerana keadaan jalan raya yang kurang memuaskan (berlubang-lubang dan tidak rata) serta kehadiran kenderaan besar seperti lori, treler dan bas yang semakin banyak.

Kami tiba di Kampung Sentosa tempat di mana kami menginap sepanjang berada di Sibu pada pukul 4 petang. Terima kasih kepada Sis Yanti & keluarga kerana membenarkan kami menginap di sana. Setelah berehat dan menjamu selera, kami berangkat ke tapak pesta SBW. Memang betul la kata orang, acara kali ini adalah yang terbesar di Sarawak. Kehadiran kelab-kelab motosikal tak kiralah berkuasa tinggi atau rendah mula membanjiri tapak pesta. Penyertaan bukan sahaja dari Kepulauan Borneo iaitu Brunei Darussalam, Sabah, Kalimantan dan Sarawak, malahan juga beberapa negara luar seperti Jerman, Australia, Amerika Syarikat, Thailand dan Filipina. Tidak ketinggalan juga peserta dari Semenanjung Malaysia.


Tanpa membuang masa, kami terus mendaftar dan membuat pembayaran untuk mendapatkan pas peserta serta cenderahati seperti T-shirt rasmi, stiker dan lain-lain. Kami mengambil peluang keemasan ini untuk berjalan-jalan ke setiap booth pesta yang menjual barangan dan cenderahati. Selain itu, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan menyaksikan pameran motosikal berkuasa tinggi pelbagai jenama yang jarang-jarang dapat dilihat di jalan raya.

Ada yang berjumpa dengan kenalan lama tak bersua di tapak pameran tersebut. Dalam masa yang sama, kami mendapat berita yang kurang baik iaitu beberapa rider terlibat dalam kemalangan sama ada kemalangan sendiri atau dengan kenderaan lain. Semoga rider yang terlibat dalam kemalangan tersebut cepat sembuh dari kecederaan. Pada malam tersebut juga diadakan pertandingan Battle Of The Band SBW 2014.

Pada hari kedua, kami menghabiskan masa sepanjang pagi dengan berehat kerana pada sebelah petang dan malamnya barulah acara rasmi SBW bermula. Difahamkan kira-kira 2,000 peserta menyertai acara SBW kali ini.

Memang meriah dan agak sesak bandar Sibu pada waktu ini dengan kunjungan kelab-kelab motosikal. Lebih meriah lagi apabila ada rider motosikal berkuasa tinggi mempamerkan pelbagai aksi-aksi yang menarik perhatian pengunjung seperti sesi memperdengarkan dentuman ekzos-ekzos 4 lejang, pameran pengubahsuaian motosikal, sesi mengambil gambar oleh peminat-peminat motosikal dan sebagainya. Ketibaan motosikal berkuasa tinggi ini mampu mengubah suasana bandar Sibu yang harmoni kepada bandar yang havoc dan meriah apabila motosikal berkuasa tinggi membanjiri jalanraya.


Acara petang itu telah diadakan Hi-Tea Ride dari Dataran Sibu ke Star Mega Mall, Sibu. Acara kemuncak pada sebelah malamnya ialah majlis perasmian Sibu Bike Week 2014 oleh YB Dato Seri Wong Soon Koh dengan diiringi pertunjukan bunga api, disusuli pula dengan Pertandingan Ratu Cantik SBW dan juga majlis pemberian cenderahati kepada setiap kelab-kelab motosikal yang menyertai SBW pada kali ini. Majlis diakhiri dengan konsert rock buat hiburan para peserta dan pengunjung.

Kami mula berangkat pulang ke Miri pada keesokan harinya iaitu hari Ahad. Perjalanan pulang lancar. Sempat juga kami bersua dengan kelab-kelab konvoi motosikal yang lain di sepanjang perjalanan. Ada di antara mereka yang terus pulang sama ada ke Bintulu, Miri, Brunei dan ada juga yang terus ke Sabah.


Kami meneruskan perjalanan tersebut dan hanya berhenti seketika di Shell Similajau, Bintulu untuk mengisi minyak. Kami selamat sampai di bandaraya Miri pada pukul 4 petang. Perjalanan sejauh 404 km ini memang memenatkan tetapi kepenatan tersebut hilang bila teringat kenangan yang dilalui sepanjang Sibu Bike Week.

Di kesempatan ini juga, penulis mewakili warga LRG ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Alidi Ja’afar iaitu solo rider dari Brunei Darussalam yang telah meninggal dunia akibat kemalangan kendiri (terbabas di selekoh Sarikei – Saratok) sewaktu ingin menyertai Sibu Bike Week. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. RR

Oleh: Hans24

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.