Kawasaki Exclusive Service Centre (KESC) Untuk Kemudahan Pemilik Kawasaki
KMSB telah bekerjasama dengan Welly Advance Bikers untuk memperkenalkan Kawasaki Exclusive Service Centre (KESC) bertujuan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pemilik Kawasaki khususnya. Selain Welly, terdapat lapan lagi KESC di seluruh negara.
Kesemua KESC dilengkapi dengan peralatan membaik pulih yang terkini dan para pekerja yang mempunyai pengalaman luas bekerja dengan jentera Kawasaki. Selain memberikan servis yang terjamin, kawasan menunggu lebih kemas, selesa dan lengkap dengan televisyen dan ruang minuman.
“Kami merancang untuk menambah bilangan KESC agar para pemilik Kawasaki di seluruh negara mendapat servis yang terjamin disamping kelesaan ruang menunggu. Dengan adanya KESC, kami yakin Kawasaki akan terus menjadi peneraju utama dalam sektor motosikal berkuasa tinggi di Malaysia,ujar En. Jeffrey Lim, Pengurus Besar, Pengarah KMSB. RR
Popular