Honda EX5 Edisi Ulang Tahun Ke-35
Boon Siew Honda telah memperkenalkan varian terbaru Honda EX5 2021 bersempena sambutan ulang tahun ke-35 model lagenda ini. Untuk meraikan pencapaian bersejarah ini, edisi istimewa ini menawarkan gabungan rekabentuk ikonik yang didatangkan dengan lambang khas dan rekaan jalur serta baru. Honda EX5 diperkenalkan buat pertama kalinya ke pasaran tempatan pada tahun 1987. Dengan daya ketahanan dan prestasi enjin yang luar biasa, Honda EX5 telah menjadi bahagian penting dalam mobiliti, sistem perhubungan dan pengangkutan selama bertahun-tahun.
Honda EX5 didatangkan dengan enjin 110cc satu silinder, sistem penyejuk udara yang menjanakan kuasa 6.37 kW pada 7,500 rpm dan tork 8.62 Nm pada 5,500 rpm. Lebih menarik, jentera popular ini disempurnakan dengan enjin Honda’s Programmed Fuel Injection (PGM-Fi) yang menjanjikan emisi rendah, pecutan mantap dan jimat petrol.
Model ulang tahun ke-35 ini turut ditawarkan dalam dua varian iaitu rim berjejari dan rim bertempat dengan dua pilihan warna untuk setiap varian iaitu Euphoria Red Metallic dan Pearl Nightfall Blue. Harga untuk model rim bertempa ialah RM5,009 manakala untuk varian rim biasa ialah RM4,783.
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai model ini, para pelanggan bolehlah berkunjung ke pusat pengedar Honda atau nombor Bebas Tol Boon Siew Honda (1-800-88-3993) atau layari http://www.boonsiewhonda.com.my RR
Popular