Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Disember 2016

Macam-macam Motor Di Rollin Wheelz Ke 4

Rollin Wheelz keempat berlangsung sempena cuti Hari Malaysia pada 15-18hb September lalu. Ramai bikers ke tapak pameran lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan. Mereka dari utara, selatan tanah air dan negara-negara jiran sudah mula berkampung di Pantai Balok, Kuantan dan mula memasang khemah mereka sendiri. Ada juga yang membuat tempahan khemah sejak dua bulan sebelum acara diadakan.

Kereta sports klasik dengan warna yang menarik.
Kereta sports klasik dengan warna yang menarik.
Komuniti Ampang Bikers dengan pakaian khas mereka.
Komuniti Ampang Bikers dengan pakaian khas mereka.

En. Razman Hamid, Presiden Bajaros Malaysia serta urusetianya telah menjemput Cawangan Sumber Manusia Markas Tentera Darat Malaysia diketuai oleh Mejar Ridzwan Abdul Majid untuk turut serta. Mereka mempromosikan Tentera Darat kepada masyarakat awam khusus kepada belia lepasan IPTA/IPTS dan sekolah bagi menarik mereka untuk menceburi diri dalam bidang ketenteraan. Selain itu, mereka juga menerangkan kepada masyarakat awam berhubung peranan dan tugas Tentera Darat ketika perang dan juga waktu aman.

Jom kita berlumba!
Jom kita berlumba!
Para pemilik skuter Scomadi turut hadir dengan pelbagai warna.
Para pemilik skuter Scomadi turut hadir dengan pelbagai warna.

Rollin Wheelz kali ini berjaya mendapatkan lebih ramai bikers untuk mengunjungi acara tersebut. Untuk memberi impak yang lebih hebat, acara ini dibuka kepada semua jenis motosikal termasuk Scomadi dan skuter. Ia tidak terhad kepada sejenis motosikal sahaja.

Jentera klasik turut memeriahkan Rollin Wheelz 2016.
Jentera klasik turut memeriahkan Rollin Wheelz 2016.

Antara peserta yang hadir ialah dua rakan bikers dari luar negara yang sedang melakukan perjalanan menjelajah dunia. Mereka ialah Brett Jones dari Australia dengan KTM 690 Enduro model 2013 dan Yoshiaki Ezure dari Jepun yang menaiki Royal Enfield 350 model 1964. Mereka tidak melepaskan peluang untuk turut serta.

Macam-macam gaya ada!
Macam-macam gaya ada!

Kelihatan juga beberapa muka baru seperti Datuk Capt. Nik Huzlan bersama CRF 1000 Africa Twinnya. Beberapa bikers wanita juga tidak ketinggalan dari WIMA Malaysia (Women International Motorcycle Association Malaysia) – Aye dari Jepun, Nora, Lys dan Syaza. Nafisah Rusli @ Chaca menunggang Kawasaki KSR sementara temannya, Maslina Mohd Nor menunggang Demak Dforce 120cc.

Menyiapkan motosikal masing-masing untuk berlumba di tepi pantai.
Menyiapkan motosikal masing-masing untuk berlumba di tepi pantai.
Ada pula yang bawa pacuan 4 roda.
Ada pula yang bawa pacuan 4 roda.

Seperti tahun-tahun yang lalu, beberapa kumpulan bikers dari Negeri Cik Siti Wan Kembang tidak pernah ketinggalan untuk ikut serta. Antaranya ialah Mohd Narman Sazali yang berumur 33 tahun yang juga pengasas KBSS.

Tidak ketinggalan juga, Nazran Asfahim Bin Zulkurnain 18 tahun berasal dari Kelantan kini menuntut di Malaysia Aviation Training Academy, Kuantan yang sudah meminati jentera Vespa sejak berumur lapan tahun. Katanya apa yang membuat Vespa menarik ialah rekabentuknya yang unik dan cara geng Vespa berpakaian ala budaya British.

Kiri: Brett Jones dari Australia dan Yoshiaki Ezure dari Jepun.
Kiri: Brett Jones dari Australia dan Yoshiaki Ezure dari Jepun.
Tentera Darat Malaysia juga menyertai Rollin Wheelz 2016.
Tentera Darat Malaysia juga menyertai Rollin Wheelz 2016.
Kiri, atas motor: Nafisah Rusli @ Chaca dan Maslina Mohd Nor.
Kiri, atas motor: Nafisah Rusli @ Chaca dan Maslina Mohd Nor.

Nursulhi Bin Rahim @ Along, bersama adik beradik dan rakannya dari Melaka menunggang Vespa mereka ke Kuantan. Mereka dapat mengambil bahagian dalam perlumbaan Vespa di atas pasir dan juga acara ride perlahan.

Brett Jones dan Yoshiaki Ezure tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam permainan sukan bermotor. Brett dengan KTM 690nya mencuba nasib dalam pertandingan motor lambat dan Yoshiaki Ezure pula telah diberi peluang untuk menunggang Vespa klasik oleh salah seorang peserta. Kedua mereka gembira kerana berpeluang untuk memeriahkan acara sukan.

Bergambar kenangan bersama para peserta.
Bergambar kenangan bersama para peserta.

Acara kemuncak yang dinantikan oleh semua pengunjung Rollin Wheelz iaitu berlumba motosikal di atas pasir pantai. Prince of Balok (kategori bawah 250cc) dimenangi oleh Mohd Ariff Yusof dan Ahmad Munir di tempat kedua. Mohd Azmi Kamaruddin memenangi pertandingan King of Balok (kategori melebihi 250cc) dan di tempat kedua ialah Mohd Fauzi.

Best Dress Bikers dan Laluan Halangan dimenangi oleh Azmeer manakala pertandingan Motor Lambat dimenangi oleh Azim. Hadiah-hadiah untuk para pemenang disampaikan pada sebelah malam.

Berkhemah dan memasak sendiri di tepi pantai memang mengasyikkan.
Berkhemah dan memasak sendiri di tepi pantai memang mengasyikkan.

Pengerusi acara, En Razman telah maklumkan kepada semua peserta bahawa Rollin Wheelz tahun hadapan akan diadakan di bandaraya Kuala Lumpur. Tarikh sebenar akan dimaklumkan dalam 'mukabuku' (Facebook) dan juga di laman sesawang. Pada hari terakhir, rakan-rakan bikers mula beransur-ansur keluar dari kawasan Pantai Balok untuk pulang ke negeri masing masing seawal jam 6.00 pagi. RR

Oleh : NZ York

Isu Pada

Disember 2016

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng, jam pukul 10.15 pagi semalam.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.