Para Pengedar Total Oil Berpesta Di SIC!
Total Oil Asia Pacific telah meraikan para pengedar terbaik dari beberapa negara Asia seperti dari China, Vietnam, Kemboja, Pakistan, Myanmar, Bangladesh dan Malaysia dengan memberikan pengalaman cukup menarik di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena perlumbaan MotoGP baru-baru ini.
Kira-kira 42 orang wakil pengedar yang hadir telah diberi peluang bukan sahaja untuk menonton perlumbaan tetapi juga berkesempatan untuk bertemu dan berbual-bual secara eksklusif dengan para pelumba Moto2 dari pasukan Marc VDS seperti Franco Morbidelli dan Alex Marquez.
Tidak cukup dengan itu, para pengedar Total turut mendapat keistimewaan berkunjung ke paddock para pasukan Marc VDS Racing kelas MotoGP (Jack Miller) dan Moto2 (Franco Morbidelli dan Alex Marquez) untuk melihat persiapan jentera dan penunggang sebelum ke litar. Lebih menggembirakan apabila para pelumba turut menurunkan autograf untuk para peminat mereka.
Lebih mengujakan apabila Franco Morbidelli berjaya meraih tempat kedua dalam perlumbaan akhir dan pastinya ia memberikan kenangan yang cukup indah buat para pengedar Total. Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-10 kerjasama di antara Total dan Marc VDS Team. Hubungan erat ini telah bermula sejak 2006 dengan Elf dan Kawasaki. Dengan Total, pasukan ini telah berjaya meraih tempat pertama dalam kelas Moto2 menerusi Scott Redding serta tempat ketiga pada musim 2015 menerusi Tito Rabat. Pada tahun ini, Franco Morbidelli telah berjaya mendapatkan tempat keempat keseluruhan dalam kelas Moto2.
Tahun 2016 juga merupakan musim terbaik di antara Total/Elf dengan kejayaan tujuh kali di podium oleh Franco dan sekali kemenangan yang dicapai menerusi Jack Miller di Assen. “Dengan penggunaan enjin, tayar dan casis yang sama (Moto2), sebarang kelebihan adalah sangat penting untuk kemajuan para pelumba dan pelincir Total memastikan kami mendapat kelebihan itu berbanding para pencabar kami,” komen Team Principal, Michael Bartholemy.
Total ternyata bukan sekadar penaja tetapi juga rakan teknikal dalam Moto2 dan sentiasa akan membangunkan kualiti minyak dan pelincir yang digunakan dalam perlumbaan. RR
Popular