Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 3 November 2020

Jelajah Santai Pan Borneo Highway Dengan GPX POPz Classic 110

Jelajah Santai Pan Borneo Highway GPX POPZ CLASSIC 110cc telah disempurnakan dengan jayanya oleh En. Nurasiman Bin Simon atau lebih dikenali dengan nama Bro Luqman. Jelajah Pan Borneo Highway ini mengambil masa selama enam hari bermula pada 26 September hingga 1 Oktober 2020 dari Kuching hinggalah ke Miri, Sarawak dan kemudian kembali ke Kuching.

Bagi para peminat jentera GPX POPz Classic 110 yang ingin tahu asal-usul jentera ini, ia berasal dari negara Thailand dan dibawa masuk ke Malaysia oleh Bike Continent Sdn Bhd yang berpengkalan di Johor. Jenama ini ternyata semakin popular dengan jumlah pemilik dan komuniti peminat GPX yang semakin meningkat dari hari ke hari. Dengan adanya lebih daripada 50 buah pengedar di seluruh negara, sesiapa sahaja kini boleh memilikinya. GPX POPz yang dibawa mengembara ini dipasarkan oleh GHC BIKES yang beroperasi di Jalan Green Road Kuching dan GHC BIKES Group, Jalan Oya, Sibu.

Pengembaraan Pan-Borneo 2020 bersama GPX POPz merangkumi pelbagai jenis cabaran dan keadaan jalan dengan jarak kasar sekitar 2,300 kilometer. Perjalanan hari pertama dari Kuching ke Miri dengan jarak sejauh 713 kilometer telah mengambil masa selama 14 jam. Ketahanan fizikal dan mental adalah kunci utama bagi menyempurnakan perjalanan penuh liku ini. Luqman ternyata memiliki pengalaman luas dalam dunia dua roda dan cabaran ini telah digalas dengan sebaik-baiknya.

Perjalanan yang jauh itu berhenti seketika di Sibu untuk menukar minyak enjin, menambah bahan api dan meregangkan otot-otot.

Pengembaraan hari kedua tidaklah sejauh yang sebelumnya. Luqman dan GPX Popznya bertolak dari Miri ke Mukah dengan jarak 342 kilometer. Di sepanjang jalan, Luqman mengambil peluang untuk bertemu dengan rakan-rakan dan menikmati keindahan alam. Luqman berhenti di Bintulu untuk menambah petrol dan menurutnya, tangki Popz bersaiz empat liter mampu ditunggang sejauh 130 kilometer. Dia juga membawa tong tambahan (untuk digunakan dalam kecemasan). Perjalanan tamat selepas lima jam.

Hari Ketiga: Mukah ke Kapit tanpa henti dengan jarak lebih daripada 200 kilometer. Memandangkan model ini masih baru, ramai yang cukup minat dengan rekabentuk dan kualiti pembikinannya. Luqman sering ditanya tentang GPX setiap kali dia berhenti. Mukah merupakan destinasi menarik buat penggemar udang galah dan kaki joran. Udang galah segar di sini dijual pada harga yang berpatutan bergantung pada saiz. Kalau beli terus daripada pemancing mungkin lebih murah.

Semasa dalam pengembaraan ini, Luqman telah menetap di beberapa tempat penginapan yang cantik, selesa dan murah. Kemudahan seperti ini sememangnya mengalu-alukan para pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke Sarawak. Diharapkan agar ancaman virus Covid-19 ini dapat diputuskan segera agar pengembaraan dalam negara boleh dilakukan tanpa masalah.

Hari Keempat: Kapit – Song – Ngemah - Kanowit - Sibu (138 kilometer) dan mengambil masa selama tiga jam. Lebuhraya dari Song ke Kapit memang cantik dan dalam keadaan baik. Keadaan sekeliling yang berwarna hijau bukan sahaja memberi pemandangan yang indah tetapi juga menyegarkan (terutamanya di waktu pagi).

Luqman juga terpaksa memperlahankan perjalanannya ketika menggunakan jalan di antara Ngemah ke Song kerana ia masih di dalam pembinaan. GPX POPz turut dicabar untuk mengharungi laluan tanah merah yang perlu dilalui – lulus dengan cemerlang!

Perjalanan Hari Kelima istimewa sedikit kerana hari ini turut diadakan pelancaran GPX POPz 110cc bertempat di GHC Bikes Sibu Oya. Luqman juga sempat bertemu dengan rakan-rakannya dari Unlimited LC Community (ULCC).

GPX POPz mendapat sambutan yang hebat. Antara ciri-ciri menarik yang diminati ramai ialah bentuk ala retro, lampu-lampu LED, posisi menunggang yang selesa dan kadar penjimatan bahan api. Kualiti luarannya seperti pelindung sisi dipasang dengan kemas – tidak ada gegaran atau masalah pada mana-mana bahagian walaupun ia telah dibawa ke jalan-jalan lasak.

Hari Keenam: Sibu - Sri Aman – Kuching yang merupakan destinasi terakhir. Perjalanan sejauh 401 kilometer mengambil masa selama tujuh jam. Selepas beberapa hari mengembara dalam cuaca yang baik, Luqman diuji dengan hujan yang lebat di sepanjang perjalanan, dari siang hingga ke malam. Pengalaman luas menunggang amat penting untuk kekal selamat di waktu-waktu begini dan Luqman selamat tiba di bandar Kuching pada jam 7.30 malam.

“Untuk melakukan suatu pengembaraan, tidak kira jentera apa sekali pun, perkara yang penting perlu ada ialah minat yang mendalam, jiwa yang kental dan daya tahan mental kerana kita perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai situasi yang berlaku. Rehat mesti cukup sebelum memulakan perjalanan. Kesempatan ini saya ingin ucapkan jutaan terima kasih buat GPX Racing, Uncle Frankie (GHC Bikes Kuching) dan rakan-rakan yang menyokong usaha ini.” kata Luqman. RR

Isu Pada

November 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Model Baru

Kawasaki ZX-6R 2025 Sudah Boleh Ditempah Bermula 1 Disember Ini. Harga asas RM59,900

MODENAS telah melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R terbaru bermula pada 1 Disember 2024 di semua bilik pameran Kawasaki All-Star.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.