Yamaha Y15ZR Dengan 4 Warna Terbaru
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd telah mengumumkan model popular, Y15ZR kini hadir ke pasaran dengan empat warna baharu iaitu Matt Titan, Cyan, Merah dan Biru. Warna baru ini turut diperkemaskan dengan rekacorak grafik yang lebih segar, menarik dan sporty.
Model Y15ZR yang juga popular dengan nama 'Ysuku' dilengkapkan dengan enjin 150cc, empat lejang, silinder tunggal SOHC yang menawarkan kuasa setinggi 11.3kW pada 8,500rpm dan tork 13.8Nm pada 7,000rpm. Model ini didatangkan dengan sistem transmisi 5 kelajuan dan isi tangki sebesar 4.2 liter.
Dengan setiap pembelian Yamaha Y15ZR, para pelanggan layak untuk menerima Pengunci Cakera Yamaha yang bernilai RM100. Harga jualan asas yang dicadangkan ialah RM8,168 (tidak termasuk cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans). RR
Popular