Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 November 2016

MV AGUSTA F4Z ZAGATO

Bertempat di International Concours d'Elegance Chantilly Arts & Elegance, model unik F4Z telah dipertontonkan buat pertama kalinya dan ia merupakan motosikal Atelier (studio) yang dihasilkan bersama oleh perekacipta ternama, Zagato dan pengeluar motosikal berprestij dunia iaitu MV Agusta.

Selaku jenama yang sentiasa menawarkan produk-produk berteknologi tinggi dan rekabentuk unik, MV Agusta sentiasa bersedia untuk melakukan sesuatu yang lain daripada yang lain.

Kehebatan jenama lagenda ini tidak perlu dipertikaikan lagi dengan kejayaan meraih 75 juara sedunia (37 kali sebagai pengeluar terbaik dan 38 kali untuk para pelumba). Zagato Atelier diberi pengiktirafan untuk membentuk F4Z ini dengan berasaskan model terulung MV Agusta F4.

Pasukan pereka dari Zagato Atelier ini menyahut cabaran untuk mencipta sesuatu yang boleh menafsirkan gaya hidup mewah seorang pengusahawan muda dari Jepun atau seorang presiden yang gemarkan dunia glamor dan fesyen. Para pengumpul koleksi motosikal dan pelabur di Zagati Atelier juga mahukan sesuatu yang eksklusif dengan karaktor dan keghairahan di era 80an yang tidak ada seumpamanya di tempat lain.

Tubuh F4Z ini direka dan dibuat menggunakan bahan berkualiti tinggi seperti aluminium dan gentian karbon. Jika dibandingkan dengan model F4 biasa, ciri-ciri yang terdapat pada F4Z ini sangat berbeza sekali. Sebahagian alat ganti terpaksa direka semula sepenuhnya seperti liang-liang kemasukan, tangki petrol, bateri dan sistem ekzos.

Syarikat pengubahsuian ini diasaskan oleh Ugo Zagato pada tahun 1919 yang mempunyai kepakaran dalam kereta dua pintu seperti sebuah coupe atau spider. MV Agusta F4Z pula mewakili satu hasil tangan yang menjangkaui keanggunan dunia kereta. RR

Isu Pada

November 2016

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.