Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 30 Oktober 2020

Sembilan Lokasi Aktiviti Pelancongan Eco Di Selangor

Dengan pengumuman baru-baru ini mengenai Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan WP Putrajaya, ianya sangat penting bagi semua orang untuk mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan demi mengurangkan kemungkinan jangkitan dan keselamatan diri kita semua.

Namun, tidak ada salah untuk bermimpi betapa indahnya perjalanan masa depan jika penularan virus ini dapat dibendung kan? Seperti yang kita tahu, negeri Selangor memiliki pelbagai destinasi menarik dan bolehlah membuat perancangan lebih awal #PlanNowTravelLater.

White River Rafting. Kredit Foto: oxbold.com
White River Rafting. Kredit Foto: oxbold.com

Bagi pencinta alam, kini adalah saatnya untuk kita menjauhi tempat awam, walau begitu jika keadaan menjadi lebih baik, Selangor pasti akan berada dalam senarai negeri yang sentiasa menawarkan aktiviti pelancongan dan pengembaraan eko.

Sememangnya sektor pelancongan Eko kini menerima perhatian yang signifikan di kalangan pelancong di Negeri Selangor. Keunikan sektor pelancongan eko telah menarik minat pelancong dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam aktiviti luar dan alam semulajadi. Antara lokasi yang boleh dijadikan sebagai pilihan:

1) Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong: Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti seperti ‘Sky Walk’ (terbaru), trek joging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah, hiking, berbasikal dan berkhemah bersama keluarga.

Kredit Foto: @thesmartlocalmy - Facebook
Kredit Foto: @thesmartlocalmy - Facebook

Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM5 dan tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar. Satu fakta menarik - FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: FRIM (03-62797000 atau 03-62797575).

2) Taman Eko Rimba Kanching: Ia merupakan tempat aktiviti pelancongan eko yang wajib dilawati di Negeri Selangor. Tempat ini mempunyai suasana air terjun yang cantik untuk bergambar dengan laluan pendakian yang mencabar. Sungai Kanching mempunyai tujuh lapisan air terjun setinggi 208 meter. Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati suasana alam semula jadi sambil berkelah. Bayaran masuk adalah RM1 (dengan MyCard) pada hari biasa, RM2 (dengan MyCard) pada hari minggu dan RM5 jika tanpa MyCard. Untuk maklumat lanjut, layari www.selangor.travel atau hubungi 03-55132000.

Sungai Kanching. Kredit Foto: driftsoul.com
Sungai Kanching. Kredit Foto: driftsoul.com
Skytrex Sungai Chongkak: Kredit Foto: gogokids.my
Skytrex Sungai Chongkak: Kredit Foto: gogokids.my

3) Skytrex Sungai Chongkak, Hulu Langat juga dikenali dengan “Malaysia First Flying Fox Park”. Tempat ini mempunyai aktiviti flying fox yang lebih panjang berbanding cawangan lain seperti di Langkawi dan Melaka. Di samping itu, Skytrex Sungai Chongkak juga dikelilingi dengan kehijauan hutan serta aliran sungai di bawah laluan rintangan. Terdapat tiga pakej yang disediakan untuk para pengunjung di mana setiap pakej mempunyai 25 halangan berbeza yang akan mengambil masa sejam untuk dilengkapkan.

Bayaran masuk ke Skytrex Sungai Chongkak adalah dalam lingkungan RM50 hingga RM130 mengikut pakej yang dipilih. Untuk maklumat lanjut, layari www.skytrex-adventure.org atau hubungi +6013-2769841.

4) Bukit Broga, Hulu Langat merupakan tempat yang paling sesuai untuk mendaki bagi semua golongan umur kerana perjalanan dakian yang kurang mencabar dan mudah. Bukit yang hanya berketinggian 400 meter dari paras laut ini mengambil masa sejam untuk sampai ke puncak. Apa yang menarik, di puncak bukit ini menawarkan kesegaran dan pemandangan yang cantik. Bergambar di puncak Bukit Broga amat sesuai untuk dijadikan kenangan.

Bukit Broga. Kredit Foto: flickr @loosengyee
Bukit Broga. Kredit Foto: flickr @loosengyee

Bayaran serendah RM1 dikenakan untuk mendaki bukit ini. Satu fakta menarik, pendakian Bukit Broga sebanyak 10 kali adalah bersamaan dengan pendakian ke Gunung Kinabalu. Untuk maklumat lanjut, layari www.mpkj.gov.my atau hubungi 03-87377899 / 03-87371789.

5) White Water Rafting, Hulu Selangor: Terletak di Kuala Kubu Bharu, aktiviti white water rafting ini amat menyeronokkan terutamanya bagi mereka yang ingin mencuba aktiviti air lasak di sungai sepanjang lapan kilometer. Aktiviti berakit juga sangat sesuai dilakukan secara berseorangan atau bersama pasangan, keluarga dan kumpulan dari semua peringkat umur (dari 8 hingga 88 tahun).

Kadar bayaran dianggarkan dari RM199 hingga RM800 dengan penyertaan minimum seramai 2 orang. Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysia whitewater-rafting.com atau hubungi +6012- 4653307.

6) Water Tubing, Hulu Selangor: Ia adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di pekan Kuala Kubu Bharu selain white water rafting. Aktiviti tubing ini menyeronokkan lebih-lebih lagi jika dilakukan bersama rakan-rakan kerana ia tidak memerlukan dayung tetapi hanya perlu mengikuti arus sungai. Sekiranya arus kuat, maka kelajuan tiub akan bertambah laju. Jika sebaliknya, peserta perlu menolak air sungai dengan menggunakan tangan untuk bergerak ke hadapan dengan lebih laju. Anggaran harga untuk melakukan aktiviti tubing adalah RM30. Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke [email protected] atau hubungi 011-11414674.

Water Tubing. Kredit Foto: leekeehiong1.blogspot.com
Water Tubing. Kredit Foto: leekeehiong1.blogspot.com

7) Taman Alam Kuala Selangor merupakan sebuah taman semula jadi yang dikelilingi dengan hutan paya bakau yang menarik. Ia juga mempunyai laluan hampir empat kilometer untuk pengunjung selusuri dan menikmati persekitaran alam. Bagi penggemar burung, anda boleh ke menara tinjau yang disediakan untuk melihat dan mengambil gambar lebih kurang 150 jenis spesis burung dari serata dunia termasuk burung migrasi dari negara Siberia dan Rusia.

Bayaran sebanyak RM4 akan dikenakan untuk orang dewasa dan RM1 untuk pengunjung di bawah 16 tahun. Untuk maklumat lanjut, layari www.kuala selangor.com atau hubungi 03-32892294.

8) 4X4 Adventure Teratak Riverview, Hulu Selangor: Apa kata anda meredahi hutan dengan menaiki kenderaan jenis 4x4 yang menyeronokkan dan mencabar. Kenderaan jenis 4x4 yang disediakan akan menjelajah melalui jalan hutan terus ke kawasan kampung-kampung tradisional, ladang buah-buahan, seberang sungai, kawasan paya dan batu-bata serta air terjun. Selain itu, pengunjung boleh berkelah dan berenang di sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

4X4 Adventure Teratak View: Kredit Foto: @azizsulaiman - facebook
4X4 Adventure Teratak View: Kredit Foto: @azizsulaiman - facebook

Lingkungan harga untuk merasai pengalaman pengembaraan dengan kenderaan jenis 4x4 ini adalah mengikut kepada permintaan dan itinerari yang diinginkan oleh pengunjung dengan mininum 6 orang peserta. Untuk maklumat lanjut, layari www.teratakriverview.blogspot.com atau hungi +6012-5653397.

9) Paragliding (Bukit Jugra, Kuala Langat, Bukit Batu Pahat & Hulu Selangor): Rasai pengalaman aktiviti paragliding yang disediakan di Bukit Jugra, Kuala Langat, Bukit Batu Pahat dan di Hulu Selangor. Dengan ketinggian 400 kaki dari paras laut, dua tempat popular ini wajib dikunjungi bagi sesiapa yang gemarkan aktiviti mencabar dan ingin mencuba pengalaman 'terbang' di udara. Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti paragliding ini adalah pada bulan Mac hingga September dan bayaran dikenakan untuk melakukan aktiviti ini dianggarkan berjumlah RM320 seorang.

Paragliding. Kredit Foto: malaysiadateline.com
Paragliding. Kredit Foto: malaysiadateline.com

Untuk maklumat lanjut, layari www.mdkl.gov.my atau hubungi 03-31803694 / www.mdhs.gov.com atau hubungi 03-60641235. RR

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Model Baru

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator.