Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 29 Oktober 2020

Al-Kisah Royal Enfield Ride Ke Kelantan

Mengenang si dia di pagi nan indah,
Kasih dan setia jadi sandaran,
Ke utara sudah... Ke selatan pun sudah,
Kini Kelantan pula sebagai cabaran.

Roti manis bercampur kaya,
Lembut dan gebu di atas lidah,
30 sahabat siap sedia,
Untuk nikmati pemandangan yang indah.....

Itulah mukadimah kepada perjalanan anjuran Royal Enfield Malaysia atau RE Malaysia pada kali ini. Sememangnya penganjuran ride ke Kelantan ini telah pun dirancang awal agar para pemilik jentera RE dapat kembali menunggang bersama-sama selepas perlaksanaan PKPP.

Pergerakan konvoi yang kemas dan lancar.
Pergerakan konvoi yang kemas dan lancar.

Tanggal 25 Julai 2020, jam pukul 5.00 pagi, langit masih gelap tetapi ruang legar sebuah stesen minyak di Lebuhraya Karak sudah penuh dengan jentera Royal Enfield pelbagai jenis. Wajah para peserta semuanya segar dan bersemangat. Bro Siva siap sedia dengan ‘pistol’ alat penembak suhu. Bermotor ke mana pun SOP jangan lupa. Minyak dah isi, perut pun sama… kini semua menunggu masa untuk sesi taklimat daripada Bro Muru.

Dalam keheningan dan kesejukan pagi, perjalanan diketuai oleh Pengurus Besar RE Malaysia, Dato’ M. Syahrul yang juga selaku Ketua Marshal. Seperti biasa, perjalanan konvoi akan dipantau dan dibantu oleh krew berpengalaman iaitu Bro Kumar, Bro Muru, Bro Raju, Bro Siva dan Halim. Ada di antara mereka lengkap dengan alat perhubungan yang boleh dihubungi pada bila-bila masa. Hebat!

Tiga dari kiri, Dato M. Syahrul bersama dengan krew marshal dari Luxotibike.
Tiga dari kiri, Dato M. Syahrul bersama dengan krew marshal dari Luxotibike.

Konvoi kemudiannya keluar daripada lebuhraya dan menyambung perjalanan ke Raub dengan menggunakan laluan luar bandar. Kabus tebal di sepanjang jalan memang cukup segar dan dingin. Jujurnya, sudah lama pemandangan sebegini tidak dapat dilihat lagi khususnya bagi mereka yang tinggal di tengah-tengah kota. Para peserta singgah di sebuah restoran untuk menikmati sarapan pagi. Biar ada tenaga kerana perjalanan masih lagi jauh. Konvoi kali ini lebih meriah dengan kehadiran dua peserta/pemilik baru Royal Enfield, mereka ialah Dr. Vishnu dan Haji Budin yang masing-masing menunggang RE Classic Battle Green.

Perjalanan kemudiannya diteruskan kembali ke lebuhraya, dapatlah pecut sedikit. Baru hilang mengantuk. Keheningan pagi ditukar menjadi meriah dengan deruman mantap jentera-jentera RE yang lengkap dengan sistem ekzos. Konvoi berhenti rehat untuk makan tengahari di rumah Cikgu Rashid dan isterinya Puan Haslinar yang terletak di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai.

Gambar kenangan bersama ahli keluarga Cikgu Rashid di Kuala Krai.
Gambar kenangan bersama ahli keluarga Cikgu Rashid di Kuala Krai.

Fuh... ada macam-macam jenis makanan lah! Ada laksa, laksam, nasi impit, ketupat, kerabu, kuih akok, karipap dan menu paling istimewa.... durian! Sebagai pemilik kepada lebih daripada 60 buah pokok durian pelbagai jenis, Cikgu Rashid telah memberi para peserta menikmati pelbagai jenis durian kecuali Musang King yang ketika itu masih belum masak. Bila buah dipilih sendiri oleh tuan punya pokok, memang gred 'A' lah kan. Lazat sungguh!

Dari Kuala Krai, perjalanan ke Kota Bharu mengambil masa kira-kira satu jam setengah dan buat pertama kalinya pada hari itu para peserta terpaksa menahan keperitan sinaran matahari ketika tiba di kawasan bandar. Tubuh badan terasa bagaikan dibakar lebih-lebih lagi sewaktu berhenti di lampu isyarat – banyak pula tu! Selepas kira-kira 10 jam perjalanan, konvoi akhirnya tiba di tempat penginapan dengan selamat.

Macam-macam jenis durian ada di rumah Cikgu Rashid. Puas makan!
Macam-macam jenis durian ada di rumah Cikgu Rashid. Puas makan!

Makan malam memang best! Kami berkonvoi ke gerai Nasi Air Dingin Tumpat yang memang cukup popular. Di sini, ada berbelas-belas jenis nasi yang dijual pada harga cukup berpatutan. Para pelanggan mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan memang tak putus-putus yang datang. Antara menu paling diminati ialah Nasi Ayam Gulai, Nasi Daging Goreng, Nasi Gulai Kepala Ikan, Nasi Daging Kerutuk, Nasi Lemak Widari Aisyah, Maggi Ramen, Nasi Dagang, Paprik Ikan dan banyak lagi.

Sambil pekena apa yang dibeli, para peserta mengambil peluang untuk berborak seketika. Bila dah mula bergelak ketawa, segala penat pun hilang... stress pun hilang.

Dengan rekabentuknya yang mantap, jentera Royal Enfield sentiasa menarik minat ramai.
Dengan rekabentuknya yang mantap, jentera Royal Enfield sentiasa menarik minat ramai.

26 Julai 2020

Bagi rakan-rakan yang akan ke Kota Bharu, jangan miss untuk nikmati sarapan pagi pelbagai juadah di Ayang Cafe yang terletak di 4652, Jalan Masjid Langgar, Kampung Langgar, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Kalau guna telefon pintar, taip – Ayang Cafe dah memadai.

Ayang Cafe beroperasi setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 3.00 petang kecuali hari Jumaat iaitu sehingga jam 12.30 tengahari. Banyak benar pilihan makanan di sini sehingga sukar untuk dipilih. Ada beraneka jenis nasi seperti Nasi Tumpang, Nasi Air Dingin, roti, lauk-pauk, manisan dan paling best ialah air teh-o ais dan air sirapnya percuma untuk semua pelanggan.

Para peserta wajib ikuti setiap SOP yang ditentukan.
Para peserta wajib ikuti setiap SOP yang ditentukan.
Keunikan ukiran peralatan keluarga DiRaja memang mengagumkan.
Keunikan ukiran peralatan keluarga DiRaja memang mengagumkan.

Aktiviti hari ini lebih santai. Konvoi meninggalkan Ayang Cafe menuju ke pusat bandar. Dengan bantuan daripada Luxotibike yang diwakili oleh Zuki Marshal, Hj Alwi Jaffar Rawas, Mejar Joe, Qemar RT dan Halim GTR, konvoi bergerak dengan lebih lancar dan pantas. Para peserta berkumpul di dataran Al-Quran Rehal Park untuk bergambar kenangan sebelum berpecah mengikut pilihan masing-masing. Antara lokasi popular untuk dilawati ialah Istana Jahar, Muzium Perang, Pasar Siti Khadijah dan Istana Balai Besar.

Sedikit info mengenai Istana Jahar. Asalnya, ia adalah sebuah istana yang dibina pada tahun 1887 untuk dijadikan kediaman Raja Bendahara Tengku Long Kundor bin Sultan Ahmad yang memerintah Kelantan suatu ketika dulu. Senibina dan ukiran-ukiran yang terdapat di istana ini memang cukup indah, unik dan mengabadikan warisan zaman dahulu. Ruang pameran yang terdapat di bangunan muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan.

Para peserta mengambil masa kira-kira dua jam setengah di sini sebelum kembali ke atas jentera masing-masing untuk menuju ke Galeri Wau Pak Sapie & Sons yang terletak di Jalan Pantai Cahaya Bulan. Oleh kerana terdapat tetamu dari luar negara, para peserta hanya berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan di Pantai Cahaya Bulan dan kemudiannya ke Pantai Senok (Pantai Nami) untuk menikmati minum petang.

Pantai Senok kini semakin popular terutamanya buat mereka yang minat dengan dunia fotografi kerana pokok-pokok rhu yang ditanam di kawasan ini menampakkan kawasan tepian pantai itu seperti Pulau Nami di Korea. Memang cantik, redup dan sejuk bersantai di kawasan itu. Terdapat beberapa gerai yang menjual keropok lekor di sini. Sedap!

Panas terik dari Jeli ke Gerik tidak mengganggu konsentrasi para penunggang.
Panas terik dari Jeli ke Gerik tidak mengganggu konsentrasi para penunggang.

27 Julai 2020

Jentera-jentera RE berderum segar dan mantap meninggalkan Kota Bharu untuk kembali ke Kuala Lumpur dengan menggunakan Lebuhraya Timur Barat dengan jarak perjalanan lebih daripada 300 kilometer.

Kota Bharu – Pasir Mas - Rantau Panjang – Jeli adalah fasa pertama sebelum berhenti untuk menambah petrol dan berehat seketika. Dengan pengalaman yang luas dan disiplin yang tinggi, perjalanan cukup lancar dan menyeronokkan. Suasana luar bandar nampak benar jauh lebih tenang dan nilai-nilai kebendaan atau harta bukanlah perkara pokok dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak yang membesar di luar bandar memiliki hidup lebih ringkas, mudah dan tenang.

Bergambar kenangan di Galeri Wau Pak Sapie & Son.
Bergambar kenangan di Galeri Wau Pak Sapie & Son.

Laluan berselekoh di Lebuhraya Pantai Timur dari Jeli hingga ke Gerik ditempuh bersama-sama. Bagi yang berpengalaman, laluan ini memberi nikmat untuk mereka meratah setiap selekoh dengan bergaya. Laluan ini juga sangat sesuai untuk pencinta alam kerana pemandangan kawasan berbukit bukau dan lembah-lembah menghijau sememangnya amat memukau.

“Saya benar-benar seronok dapat berkonvoi bersama rakan-rakan. Kebanyakan tempat yang dilawati selalunya hanya dapat dilihat menerusi kaca televisyen atau di internet tetapi bila berada di depan mata, memang bangga Malaysia secantik ini. Saya kini berhasrat untuk menyertai pengembaraan ke Himalaya pula jika keadaan mengizinkan,” kata Dr Vishnu yang bertugas di Hospital Klang di bahagian ENT.

Pantai Nami, Kelantan memang sesuai untuk bergambar, bersantai dan menikmati ketenteraman alam.
Pantai Nami, Kelantan memang sesuai untuk bergambar, bersantai dan menikmati ketenteraman alam.

Konvoi berhenti untuk mengisi perut di R&R Titiwangsa dan ini juga peluang keemasan buat para peserta untuk bergambar kenangan di satu lokasi yang dikira 'wajib' untuk para pengembara motosikal di Malaysia. Hanya satu jam setengah diperuntukan agar perjalanan dapat diteruskan semula. Selepas puas mendaki, kini tiba masa untuk menuruni kawasan berbukit. Kawalan pendikit, brek dan gear amat penting agar perjalanan selamat dan seronok.

Bila bersama rakan-rakan, masa bergerak dengan pantas dan sejauh mana pun jarak perjalanan itu sudah tidak lagi terasa. Konvoi selamat sampai di Restoran Kari Kepala Ikan Salim untuk makan tengahari dan ini juga tempat perpisahan buat para peserta dari utara.

RE Riders bergaya di kemuncak banjaran Titiwangsa.
RE Riders bergaya di kemuncak banjaran Titiwangsa.

Dari Gerik, perjalanan diteruskan ke Kuala Kangsar hinggalah ke meeting point terakhir di R&R Ulu Bernam. Selepas tiga hari bersama dan mengharungi perjalanan hampir 1,000 kilometer, ikatan persahabatan semakin kukuh. Dari sekadar berbual ringkas ketika mula berjumpa pada pagi Sabtu lalu, kini sudah boleh bergelak ketawa. Itulah keindahan dalam dunia motosikal yang ramai tidak sedar. Dalam setiap pengembaraan, kita dapat mengenal kawan... dapat melihat alam dan menghargai budaya antara kaum.

Terbang gembira si rama-rama,
Mencari bunga di waktu pagi,
Sudah puas meronda bersama,
Hingga kita berjumpa lagi... RR

Isu Pada

September 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.