Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 1 September 2020

Terengganu Smart Bikers Ride Ke Kedah

Seluruh dunia melalui saat-saat genting dengan gelombang musibah penyakit COVID-19. Sejak kerajaan Malaysia melancarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lalu, setiap pergerakan dan perjalanan di dalam daerah atau negeri telah dipantau serta diperketatkan. Ini bermakna masyarakat tidak dapat bergerak bebas ke mana-mana termasuklah perjalanan merentasi negeri.

Selepas kes menunjukkan penurunan dan demi memulihkan semula ekonomi negara, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada rakyat Malaysia. Sejak April yang lalu, kesemua kelab motosikal serta pemilik perseorangan pastinya merasa rindu untuk kembali ke atas jalan. Dengan perlaksanaan PKP Pemulihan, perjalanan merentas negeri dan aktiviti berkonvoi telah dibenarkan mengikut SOP yang ditetapkan. Tanpa buang masa, kelab-kelab motosikal di seluruh negara membuat perancangan untuk menyambung aktiviti yang diminati mereka.

Menurut President Terengganu SMART Bikers, Tuan Haji Ahmad Tarmizi Muhammad, memandangkan ramai yang rasa rindu untuk menunggang jentera masing-masing, AJK dan para ahli telah bersetuju untuk buat ride amal ke utara Kedah.

10 Julai 2020 adalah tarikh yang dipilih untuk berkonvoi ke Rumah Budi yang terletak di Yan, Kedah. Konvoi disertai oleh 20 buah motosikal telah mendapat kunjungan hormat daripada YDH Ketua Polis Kontinjen Kedah, Dato' Zainuddin Yaacob.

Para peserta berkumpul seawal jam 9.00 pagi dan selepas menikmati sarapan, memulakan perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Kota Bharu melalui Lebuhraya Timur Barat (Jeli – Grik – Baling). Konvoi selamat sampai di Restaurant D’Top yang beroperasi di Gurun, Kedah lebih kurang jam 5.00 petang.

Ketika di Gurun, para peserta telah bergabung dengan Asia Brotherhood Bikers yang diketuai oleh Dato’ Sri Razel Razak bersama tujuh orang lagi rakan bikersnya. Para penunggang kemudiannya bergerak ke HUG Club House di Kubang Rotan. Konvoi selamat sampai kira-kira pada jam 6.30 petang dan telah disambut oleh Presiden Harley Utara Group, Hj Tarmizi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Tat. Jamuan makan malam disediakan untuk peserta konvoi.

11 Julai 2020: Sarapan pagi di HUG Club House merupakan masa buat rakan-rakan bikers untuk berbual dan beramah mesra. Bukan senang nak jumpa! Lebih kurang jam 11.30 pagi, para peserta konvoi bergerak ke Rumah Budi (Badan Usaha Didikan Anak-Anak Yatim Kedah) dengan iringan para pegawai polis unit trafik di Alor Setar.

Hati setiap para peserta gembira apabila melihat pengerusi, kakitangan bertugas dan anak anak yatim sudi menyambut ketibaan konvoi. Selesai sahaja kata-kata aluan, acara diteruskan dengan majlis makan tengahari dan penyerahan sumbangan kepada penghuni Rumah Budi yang terdiri daripada 35 orang pelajar lelaki dan 35 perempuan.

Kegembiraan terpancar di kalangan para peserta konvoi apabila segala urusan selesai dan selepas itu, para peserta bersiap sedia untuk menyambung perjalanan ke kaki Gunung Jerai. Mereka disambut oleh En. Mohsin Bin Hj. Ishak, pemilik kebun yang mempunyai bermacam-macam jenis durian. Paling best apabila En. Mohsin memberi peluang kepada En. Ahmad Tarmizi dan Dato Sri Razel Razak menanam Durian Duri Hitam yang kini merupakan di antara pilihan utama penggemar durian di seluruh negara.

Selesai acara santai di kaki Bukit Gunong Jerai, peserta konvoi bergerak untuk kembali ke Alor Star. Majlis makan malam diserikan dengan kunjungan Hormat YDH Dato’ Zainuddin Yaacob, Ketua Polis Kedah. Antara aktiviti yang dianjurkan pada malam itu pertukaran cenderahati antara Terengganu SMART Bikers dan Asia Brotherhood Bikers.

12 Julai 2020: Selepas sarapan pagi, konvoi bergerak ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kedah. Konvoi yang diiringi oleh para pegawai polis trafik selamat sampai di perkarangan IPK dan disambut oleh para pegawai tinggi jabatan PDRM. Peserta konvoi dijemput ke dewan untuk majlis salam hormat kepada YDH Dato’ Ketua Polis Kedah dan jamuan makan tengah hari. Sambil menikmati makanan yang disediakan, para tetamu dan peserta konvoi turut didendangkan dengan orkestra PDRM yang cukup mantap.

Penyampaian cenderahati kepada YDH Dato’ Ketua Polis menyusuli selepas itu. Dalam majlis ini juga telah dianjurkan pelancaran MOTORCADE 2020 – JSPT IPK Kedah & MBI Marshall yang dijadualkan di Terengganu pada 24hb- 26hb September 2020. RR

- Nz York

Isu Pada

September 2020

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Warta Roda

Lebih 100 Buah Motosikal Terbakar Di Depoh Simpanan DBKL

Sebanyak 130 buah motosikal yang diletakkan di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught telah terbakar.