Afiq Menang Motor Triumph
Acara Art Of Speed (AOS) telah pun melabuhkan tirai kira-kira dua bulan yang lalu tetapi kehangatannya terus dirasakan apabila Triumph Malaysia telah menganjurkan satu majlis khas bagi menyerahkan hadiah utama acara cabutan bertuah berupa Triumph Street Twin. Pemenang bertuahnya ialah Sdr. Wan Muhammad Afiq bin Wan Mamat dari Kelantan yang baru berusia 20 tahun.
Penyerahan hadiah yang cukup menarik ini telah disempurnakan oleh Dato' Razak Al-Malique di ibu pejabat Triumph Malaysia. “Kami mengucapkan tahniah buat Afiq sebagai pemenang model terbaru Triumph Bonneville Street Twin yang juga terlaris untuk kelas model klasik moden sejak dari awal tahun. Acara Art Of Speed (AOS) adalah platform penting buat kami dari segi penajaan, dan juga penting untuk memastikan kejayaan Triumph di pasaran,” ujar beliau.
“Saya amat gembira dengan kejayaan ini kerana cukup minat dengan motosikal segmen retro seperti ini. Street Twin merupakan sebuah jentera berbentuk retro yang dilengkapi dengan teknologi terkini. Memang menarik dan 'menghadiahkan' kemenangannya ini kepada arwah ayah yang juga seorang pencinta motosikal,” kata Afiq.
Nota: Untuk melihat dan mengetahui tentang prestasi Triumph Street Twin, laporan penuhnya boleh didapati di dalam majalah RodaRoda keluaran Mac 2016. RR
Popular