Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2016

Perasmian GT World Ninja & Pusat Servis Eksklusif Kawasaki

Tanggal 28hb Ogos merupakan detik bersejarah bagi Wilhin Motor di dalam pembabitan arena motosikal berkuasa besar yang mana pada tahun 2016 ini telah genap lima tahun mereka menjalinkan usahasama bersama Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd.

Dengan pelancaran Kawasaki GT World Ninja dan Pusat Servis Eksklusif Kawasaki telah menampakkan jalinan kerjasama yang rapat di antara Pengerusi Wilhin Motor Dato’ Sri Wilson Tan Them Hing dan sokongan Dato’ Jeffrey Lim, Pengarah Kawasaki Motor (Malaysia) Sdn Bhd yang memberikan kepercayaan sehingga tertubuhnya pembentukkan kedai tersebut.

Di antara jemputan kehormat hadir menyerikan majlis pada hari itu ialah Pengarah Urusan Wilhin Motor (M) Sdn Bhd, Datin Sri Kwek Pek See, Adun Balakong, Tuan Ng Tien Chee dan Pengerusi Skuad Muda JPJ Dato’ Sri Ismail Bin Ahmad. Kehadiran anak-anak istimewa dari Rumah Jalinan Kasih Cheras dan konvoi rakan-rakan bikers memeriahkan suasana pada petang itu.

Sedikit perkongsian mengenai sejarah Wilhin Motor. Ia mula bertapak pada tahun1988 dengan bermula dari sebuah kedai membaiki motosikal kecil. Selepas memberikan perkhidmatan yang membanggakan, Wilhin Motor mula menjinakkan diri dengan menjual motosikal berkuasa besar bermula pada tahun 2007 hinggalah ke saat ini. Dengan penjualan yang semakin meningkat, syarikat ini telah menjadi penjual sah jentera Kawasaki sejak sembilan tahun yang lalu.

Wilhin Motor turut menganjurkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan kepada para pelanggan mereka seperti Kelas Teknik Asas Menunggang Motosikal, Perkhidmatan Tunda 24 jam, acara bermotor seperti weekend ride, charity ride, anniversary ride dan cross-border ride ke pelbagai destinasi yang menarik seperti Melaka, Kuantan, Port Dickson, Kuala Selangor. Dengan penaiktarafan ini, Wilhin Motor berharap untuk terus berkembang terutama menerusi perkhidmatan lepas jualan yang lebih berkualiti.

Bermula dengan persembahan tarian singa dan upacara memotong reben sebagai simbolik pelancaran, pengunjung dan para jemputan turut dijamu dengan pelbagai jenis juadah dan menyertai acara cabutan bertuah yang menawarkan lebih daripada 80 hadiah-hadiah menarik yang telah disediakan. RR

Isu Pada

Oktober 2016

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.