Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2016

MotoGP Malaysia KEMBALI!

Dengan bangganya pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah melancarkan perlumbaan tersohor dunia, Shell Malaysia Grand Prix 2016 yang akan bergegar pada 28 hingga 30 Oktober nanti. Perlumbaan kali ini merupakan pusingan kedua terakhir pada musim ini dan pastikan menjadi medan utama para pelumba terhebat dunia seperti Marc Marquez, Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi mempersembahkan tunggangan yang mengagumkan.

Pastinya kita juga tidak akan melepaskan peluang untuk melihat dan memberi sokongan padu kepada tiga pelumba negara yang sedang berentap dalam kejohanan ini seperti Hafizh Syahrin (Moto2), Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin dalam kelas Moto3. Selepas memperolehi penjualan yang amat mengagumkan pada tahun lalu dengan kehadiran seramai 150,000 orang di sepanjang tiga hari penganjuran, SIC amat yakin dengan tema kali iaitu 'semangat brotherhood' akan mendapat sambutan yang lebih hebat pada tahun ini.

Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Dato' Razlan Razali, CEO SIC turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammed Taiyab dan Wakil Hiliran Kanan Tempatan Shell Malaysia, En. Shairan Huzain Husain.

Antara promosi dan acara hebat yang bakal menanti para peminat MotoGP nanti ialah sesi autograf dengan para pelumba, forum bersama pelumba, bike stunt, menaiki kereta keselamatan (safety car), lawatan pit lane, karnival Mega MotoGP dan Konsert Rockaway yang menampilkan kumpulan Scorpions, Wings, Muzza's Mayhem, Wolfmother, WTNSS, Daarchlea dan Artefacts.

Buat pertama kalinya SIC akan menawarkan acara istimewa iaitu 'Watch The Race From The Sky' yang pastinya memberikan pengalaman luar biasa buat para peminat MotoGP. Para peminat akan melihat aksi-aksi hebat para pelumba bertaraf dunia dari ketinggian 50 meter dari litar.

Khairul Idham Pawi
Khairul Idham Pawi

TIKET:
Tiket untuk F Grandstand dan Club Suite telah habis dijual, bagaimana pun masih ada tiket yang boleh dibeli dari harga RM318 untuk Pass Premier Roving hinggalah kepada RM42.40 untuk C2 Covered Hillstand. Tiket untuk Main Grandstand dan K1 Grandstand masing-masing dijual pada harga RM212 dan RM116.60.

Bagi mereka yang ingin memberikan sokongan istimewa buat pelumba kegemaran, tiket untuk Marc Marquez Tribune berharga RM265, VR46 Tribune pula dijual pada harga RM169.90 dan Drive M7 SIC Racing Team Tribune ditawarkan pada harga RM74.20. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.sepangcircuit.com atau laman facebook www.facebook.com/sepanginternationalcircuit. RR

Isu Pada

Oktober 2016

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Dari Litar

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol.