Boon Siew Honda Menerima Lesen EEV Pertama Di Malaysia
Empat model keluaran Boon Siew Honda (BSH) iaitu Honda EX5 Fi, Honda Future Fi, Honda Dash (Fi) dan Honda Wave Alpha telah mendapatkan kelulusan standard EEV (Energy Efficient Vehicles) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sebagai pengeluar pertama mendapat kelulusan ini, BSH akan terus membekalkan lebih banyak produk dengan perlepasan CO2 yang lebih rendah.
Berdasarkan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014 oleh Automotif Malaysia (MIA), Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) merupakan jentera yang memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dari segi tahap perlepasan karbon (g/km) dan tahap penggunaan bahan api (l/100km). EEV ini diberikan untuk motosikal dari 101cc ke 150cc yang mencapai penggunaan bahan api sebanyak 2.2 liter sepanjang 100km dan keempat-empat jentera Honda tersebut menggunakan 1.8L/100km atau 18% lebih jimat berbanding dengan penanda aras EEV.
Honda mengumumkan Visi Alam Sekitar dan Keselamatan pada 2010 untuk 'Menyedari Keriangan dan Kebebasan Mobiliti dan Masyarakat Lestari Yang Boleh Menikmati Kehidupan”. Honda menyasarkan untuk menjadi sebuah syarikat impian orang ramai dengan berusaha untuk mengurangkan kesan buruk pada alam sekitar.
BSH sentiasa memperkenalkan model-model yang bersifat mesra alam seperti model Wave 110 (2013) yang memenuhi piawaian Euro 2 dan tahun 2016 pula BSH telah melancarkan RS150R yang memenuhi tahap piawaian Euro 3. BSH juga telah melengkapi sistem suntikan bahan api pada beberapa modelnya dan ini membuktikan komitmen yang tinggi dari BSH terhadap pengeluaran jentera-jentera yang bermutu tinggi. RR