Beli Pelincir Shell Boleh Menang Tiket MotoGP
Bersempena dengan perlumbaan MotoGP Malaysia pada penghujung Oktober nanti, Shell Advance telah melancarkan pek edisi terhad dengan rekaan khas untuk empat varian minyak enjin Shell Advance terlaris iaitu Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 (1L) dan 15W-50 (1L), Shell Advance AX7 10W-40 (1L) dan Shell Advance AX5 Scooter 15W-40 (0.8L).
Bermula dari 5 September hingga 15 Oktober ini, setiap pembelian mana-mana produk di atas, termasuk Shell Advance AX5 15W40 (1L) sama ada pek biasa atau pek edisi terhad, para pelanggan berpeluang memenangi hadiah berupa dua tiket Grandstand Utama untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016.
Untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah, pengguna hanya perlu melengkapkan borang penyertaan dengan menjawab satu soalan mudah, melampirkan resit pembelian dan menyerahkannya kepada pengedar yang turut serta. Anda juga boleh mengemukakan penyertaan anda di laman sesawang www.shell.com.my/motogp bersama gambar resit.
Menurut Wakil Hiliran Kanan Tempatan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, En. Shairan Huzani Husain, pelancaran pek edisi terhad Shell Advance dengan empat reka bentuk baru adalah untuk mengujakan para penunggang motosikal serta memperlihatkan kepimpinan teknologi Shell dan pembabitannya dalam perlumbaan motosikal dunia.
“Pelancaran siri edisi terhad Shell Advance ini sesungguhnya mengingatkan pengguna kepada inovasi berterusan Shell sebagai pemimpin pasaran memandangkan pada tahun ini kami merayakan ulang tahun ke-125,” kata En. Shairan.
“Secara khusus, reka bentuk minyak enjin motosikal utama kami, Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 dan 15W-50, memberi penghargaan kepada pakatan kami selama 18 tahun dengan Ducati di litar lumba. Pemilik motosikal, tanpa mengira jenis dan model, boleh merasai keseronokan tunggangan kerana setiap botol Shell Advance membawakan teknologi pelincir yang paling canggih di dunia,” tambahnya lagi.
Sebagai perkongsian, Shell Advance Ultra sintetik penuh dengan Teknologi PurePlus adalah satu-satunya minyak enjin motosikal di pasaran hari ini dengan minyak asas ultra bersih yang diperbuat daripada gas asli.
Sementara itu, Shell juga telah melancarkan air mineral Select water2go edisi terhad yang direka secara eksklusif oleh artis seni negara, Cheeming Boy. Setiap botol ini menggambarkan pencapaian syarikat Shell sejak ia ditubuhkan hingga kini. Air mineral edisi terhad ini dijual pada harga RM1.70 dan boleh didapati di semua stesen Shell terpilih di Semenanjung Malaysia. RR
Popular