Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Ogos 2016

Yamaha Yard Built XSR 900 'Monkeebeast'

Pembuat motosikal custom terkemuka Denmark Wrenchmonkees sudah tidak asing lagi dalam dunia pengubahsuaian motosikal. Kepakaran mereka ini juga telah mendapat pengiktirafan Yamaha dalam kerjasama menghasilkan projek hebat Yard Built seperti yang pernah dilakukan pada model XSR400 dan XJR1300.

Terbaru, Wrenchmonkees telah memperkenalkan model custom Yamaha Yard Built XSR900 'Monkeebeast' yang lebih anggun dan cukup berbeza dengan segala ciptaan sebelumnya. Ia bukan model cafe racer atau brat style tetapi model ini lebih garang dan lebih mantap untuk tunggangan pelbagai jenis perjalanan.

“Kami telah bekerjasama dengan syarikat ini untuk menghasilkan beberapa jentera yang cukup hebat dan mengujakan. Pengubahsuaian kali ini memang bijak; ia benar-benar menunjukkan sebuah rekaan yang canggih, unik dan maju ke hadapan. Saya cukup gembira apabila mereka menunjukkan modifikasi yang hebat tanpa memerlukan proses pemotongan pada bahagian kerangka,” kata Koordinator Pemasaran Yamaha Motor Europe.

Mengubahsuai sebuah jentera jalanan kepada mesin lebih lasak (all-terrain) bermula dengan menukar rim asal kepada rim Borrani berwarna hitam jenis berjejari aluminium 9mm. Lampu utamanya kini ditukar kepada lampu gaya MT-03 untuk lebih bergaya manakala bahagian lain seperti fender, pelindung enjin dan pelindung tangki dikemaskan dengan proses powdercoated.

Bahagian belakang pula dimantapkan dengan adanya penyerap hentak jenis K-Tech, pelaras rantai Gilles Tooling, brek belakang TRW, lampu belakang LED, sistem ekzos SC Project dan fender aluminium di belakang dari Wrenchmonkees. Tempat pemijak digantikan dengan aksesori jentera enduro agar lebih praktikal dan lebih lasak.

Alat ganti dan beberapa bahagian yang direka untuk ‘Monkeebeast’ ini juga akan dipasarkan buat pemilik XSR900 yang ingin melakukan pengubahsuaian. Dapatkan info lebih lanjut di www.wrenchmonkees.com. RR

Isu Pada

Ogos 2016

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.