SYM VF3i 185LE Catat Jualan 2,500 Unit Sejak DIlancarkan
MForce Bike Holdings Sdn Bhd terus mendapat kepercayaan para pengguna motosikal dengan kejayaan merekodkan jualan sebanyak 2,500 unit untuk model SYM VF3i 185 LE selepas ia diperkenalkan pada bulan Mei yang lalu.
“Sambutan yang diterima bagi model ini adalah di luar jangkaan. SYM VF3i 185 LE merupakan model moped pertama di Malaysia yang dilengkapkan dengan Sistem Brek Anti-kunci (ABS) dan beberapa bahagian enjin yang dinaik taraf berbanding sebelumnya”, kata Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad.
“Pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi tempahan pelanggan secara berperingkat bagi menjamin kualiti produk terbaik. Sehingga hari ini, kami berjaya menerima tempahan lebih 70% sejak VF3i 185 LE dilancarkan. Walaupun mendapat permintaan yang tinggi, model ini akan dikekalkan sebanyak 5,000 unit sahaja”, tambah En. Asri.
Selain rupabentuknya yang sporty, model baru ini telah disempurnakan dengan enjin bersesaran 185cc, SOHC yang berkuasa setinggi 19.7hp (meningkat 2hp, kuasa lama 17.7hp) dan tork 17.46hp @ 7,500rpm. Beliau turut menasihatkan agar para pembeli dapat bersabar sepanjang tempoh menunggu. Kepada peminat-peminat yang ingin memiliki model edisi terhad ini boleh membuat tempahan di para pengedar sah MForce di seluruh Malaysia.
SYM VF3i 185 LE ini ditawarkan pada harga RM9,338 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu) serta perkhidmatan Pembelian Alat Ganti Tulen Atas Talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd. RR
Popular