RK South Asia Bantu Penghantar Makanan
RK South Asia Sdn Bhd bersama-sama rakan niaganya dengan berbesar hati memberi penghargaan buat para Penghantar Makanan (#AbangDelivery) yang bekerja keras di sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada pertengahan Mac lalu.
Idea untuk menjalankan Program Tanggungjawab Sosial ini lahir berikutan kesukaran yang dihadapi oleh Abang Delivery untuk mendapatkan alat ganti khususnya kit penukaran rantai disebabkan penutupan bengkel dan kedai motosikal. Berikut adalah senarai alat ganti dan barangan lain yang telah diberikan:
- RK-428KLO Seal Chain Kit
- RK 428 Sproket Depan & Belakang
- Baju-T Cub Prix RK Edisi Terhad
- Topeng Muka Boleh Basuh
- Sarung Tangan Reef Alpinestars Reef Glove (Alpinestars Malaysia)
- Stoking Lengan Shoei (Shoei Malaysia)
- Pelincir Sintetik Penuh Gesel Heinz 10w40 (Sinar Puncak Sdn Bhd)
Pemilihan #AbangDelivery ini dibuat secara rawak dengan menggunakan aplikasi yang disediakan. Kakitangan RK South membuat pesanan makanan terlebih dahulu dan sebaik sahaja #AbangDelivery tiba, pihak RK South akan membuat tawaran untuk melakukan penukaran kit rantai secara percuma. Ia adalah satu ‘hadiah’ yang cukup istimewa buat setiap penghantar makanan yang bertugas. Riaksi daripada setiap individu amat teruja dan gembira dengan pemberian yang diberikan.
Usaha murni ini telah diadakan di kawasan perkarangan kilang selama dua hari dengan penetapan tiga waktu berbeza iaitu pada jam 9.00 pagi, 2.00 petang dan 3.00 petang. Untuk mengekang penularan virus COVID-19, pihak RK South Asia sentiasa mengutamakan tahap keselamatan mengikut Prosedur Operasi Standard seperti Penjarakan Sosial, Penggunaan Sanitizer, Pemeriksaan Suhu Badan dan Penyimpanan Rekod Peribadi.
Pemberian dan pemasangan kit rantai ini juga dilakukan tanpa mengira jenama motosikal. Yang paling penting dengan penggunaan kit rantai RK jenis heavy duty ini, perjalanan para frontliners kita pasti lebih selamat dan lebih kilometer. Tahniah buat RK South Asia! RR
Popular