Desaru International Bike Week 2019 Bakal Diadakan
Bersempena dengan majlis pengumuman Desaru International Bike Week 2019 (DIBW) yang bakal diadakan dari 13 hingga 19 September 2019 nanti, satu sidang media bersama DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah dianjurkan dengan jayanya. Dengan tema 'The Real Brotherhood', penganjuran ini dijangka akan menarik minat lebih daripada 50,000 pengunjung, pencinta motosikal, kelab-kelab motosikal dari dalam dan luar negara berkumpul di pantai yang cukup terkenal itu.
“Dunia dua roda di Malaysia kaya dengan berbagai jenis kumpulan penunggang motosikal yang terdiri daripada latar belakang berbeza. Menerusi acara perhimpunan motosikal dan bike week yang dianjurkan sepanjang tahun, ia telah mengeratkan lagi hubungan para pemilik motosikal ini dengan semangat 'brotherhood,'” titah Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Penaung DiRaja, Desaru International Bike Week (DIBW) 2019.
“Menyedari akan betapa pentingnya memperkuatkan semangat 'brotherhood', memeriahkan lagi Malaysia dan dunia motosikal, jawatan kuasa Desaru Internaitonal Bike Week dengan kerjasama kerajaan negeri Johor telah mengumumkan Desaru International Bike Week 2019,” tambah baginda lagi.
DIBW2019 diasaskan oleh para pemilik dan pencinta Harley-Davidson yang ingin mengadakan acara seperti Daytona Bike Week di tanahair sendiri dengan elemen sukan motor pantai. Antara keunikan dan tarikan utama dalam acara ini nanti ialah pameran koleksi motosikal peribadi Tunku Ismail, pameran motosikal pelbagai jenama, perlumbaan drag pantai,
Malam Penghargaan Anugerah Motosikal, perhimpunan kelab, acara BBQ, campfire, pertandingan golf, menaiki belon panas, pertunjukan kebudayaan dan konsert.
Sebelum berlangsungnya majlis sidang media itu, satu konvoi motosikal yang diketuai oleh Tunku Ismail telah diadakan dari Istana Pasir Pelangi ke Desaru. Dengan disiplin yang tinggi, konvoi yang terdiri daripada penunggang dari Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Kuwait dan Malaysia bergerak dengan cukup kemas dan teratur.
Jangan ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan DIBW2019 ini nanti! RR
Popular