GIVISTA Cares Ringankan Bebanan
Pada hari ke-58 perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), GIVI Malaysia dengan inisiatif 'GivistaCares' telah memberikan sumbangan ikhlas kepada komuniti yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Program murni ini tertumpu kepada keluarga miskin, ibu tunggal, golongan kurang bernasib baik dan anak-anak yatim.
Turut memberi sokongan ialah 'MotoWazi' dan 'BudakAni' yang bersama-sama menyerahkan barangan keperluan harian seperti beras, tepung, minyak masak, telur dan biskut kepada 17 buah keluarga di Bukit Canggang, Selangor.
#Givistacare adalah inisiatif yang diasaskan oleh GIVI Malaysia yang sentiasa bersedia untuk membantu masyarakat terutamanya pada masa-masa sukar seperti ancaman pandemik ini. Pada masa yang sama, usaha ini juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat agar sentiasa bersyukur dan memupuk nilai keikhlasan sesama insan.
Pihak GIVI Malaysia turut berharap agar sumbangan kecil berupa keperluan harian itu dapatlah meringankan beban terutamanya untuk menyambut kehadiran Hari Raya waktu itu. RR
Popular