Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Jun 2016

YAMAHA R25 RIDING CLINIC 2016 : Beri Pendedahan Terbaik!

Untuk memberikan kesedaran kepada para penunggang motosikal khususnya pemilik Yamaha R25, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah menganjurkan program Riding Clinic yang diadakan di Litar Go-Kart SIC pada 14 Mei lalu. Penganjuran cukup istimewa ini telah diserikan dengan kehadiran Pengurus Pemasaran HLYM, En. Hoo Wan Tim yang ditemani oleh Senior Supervisor Safety Riding Promotion Group/Service Division/CS Central Yamaha Japan, En. Masahiko Arika.

Para peserta khyusuk mendengar taklimat yang diberikan.
Para peserta khyusuk mendengar taklimat yang diberikan.

Seramai 40 orang peserta yang cukup bersemangat telah hadir untuk memberi sokongan pada program ini. Turut hadir untuk memberi tunjuk ajar cara-cara menunggang yang betul ialah bekas pelumba Grand Prix Dunia, En. Yoshiaki Kato dan bekas pelumba negara iaitu En. Shahrun Nizam. Tahniah buat para peserta yang hadir dengan pakaian cukup lengkap membuktikan kesungguhan mereka untuk menimba pengamalan.

En Hoo berucap sementara ditemani oleh (dari kiri)En. Kato, En Arika dan En. Shahrun Nizam.

“Tujuan kita ialah untuk memberi pendedahan tentang cara menunggang yang betul. Dengan ada program klinik menunggang seperti hari ini, pastinya tahap kecekapan para peserta dalam pengendalian motosikal dapat dipertingkatkan. Diharapkan segala usaha ini mampu mengurangi kadar kemalangan motosikal di jalan raya,” kata En. Tim.

Yamaha R25, antara motosikal peserta yang terlibat dalam Riding Clinic
Yamaha R25, antara motosikal peserta yang terlibat dalam Riding Clinic

Selepas menerima taklimat dan pesanan-pesanan penting daripada En. Shahrun dan En. Kato, para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan untuk melancarkan tunggangan di litar. Setiap sesi memakan masa sekitar 20 minit dan litar sepanjang 1.247km dengan 11 selekoh ini ternyata memberi cabaran buat para pelumba baru. Namun begitu atas tunjuk ajar yang diberikan oleh dua pelatih berpengalaman berjaya meningkatkan kualiti tunggangan para peserta sedikit demi sedikit.

Selepas semua peserta selesai menghabiskan sesi pertama, para pelatih mengumpulkan kembali para peserta untuk diberikan tips tunggangan yang betul dan memperbaiki setiap kesalahan. “Kelemahan paling ketara dapat saya lihat ialah dari segi posisi badan, cara membrek dan pemilihan gear yang sesuai. Posisi badan yang betul amat penting untuk mengimbangi motosikal tidak kira di litar mahu pun di jalan biasa,” komen En. Shahrun.

Para peserta tidak sabar untuk beraksi di atas litar.
Para peserta tidak sabar untuk beraksi di atas litar.

Prestasi dan gaya tunggangan para peserta di sesi kedua dan ketiga jelas menunjukkan peningkatan yang cukup ketara. Dengan menggunakan posisi badan dan gear yang betul, mereka dapat memasuki setiap selekoh dengan kemas, selamat dan lebih pantas. Melihat kemajuan yang dicapai oleh pemilik-pemilik R25 ini, pihak HLYM seharusnya berasa bangga atas usaha yang dilakukan.

“Inilah motosikal pertama saya yang dibeli kira-kira lima bulan yang lalu. Saya sukakan model R25 ini kerana ia cantik, sporty dan pantas. Motosikal ini saya gunakan setiap hari dan amat sukakan dengan kemampuannya. Ini merupakan pengalaman pertama saya di litar dan selepas menerima tips daripada para pelatih dan rakan-rakan, tunggangan saya kini lebih baik berbanding dulu,” kata En. Jason Lim dari Kuala Lumpur.

Jentera diperiksa sebelum dibenarkan memasuki litar.
Jentera diperiksa sebelum dibenarkan memasuki litar.

“Saya sememangnya peminat Yamaha dan memilih untuk membeli model ini kerana sukakan bentuknya yang sporty dan tubuh badan yang ringan. Sudah empat kali saya menunggang di trek ini dan ia memang sebuah trek yang mencabar dengan selekoh-selekoh tajam. Trek ini juga sesuai dengan penunggang baru dan program anjuran Yamaha ini cukup baik untuk kita mengenal pasti tahap tunggangan dan mempelajari teknik mengawal kuasa hantaran model ini,” kata En. Izzuddin Azmi.

Mempraktikkan tunggangan masing-masing selepas taklimat.
Mempraktikkan tunggangan masing-masing selepas taklimat.

Program dihentikan sementara untuk makan tengahari dan topik perbualan paling ‘hangat’ tentulah berkenaan prestasi tunggangan masing-masing di litar. Ada yang masih belum berpuas hati, ada pula yang tidak sabar-sabar kembali ke litar untuk mengasah bakat dan lututnya. Cuaca panas langsung tidak melemahkan semangat para peserta untuk menimba seberapa banyak pengalaman.

Berehat sambil menjamu selera.
Berehat sambil menjamu selera.

“Ramai para peserta tidak mempunyai teknik tunggangan yang betul terutamanya dari segi sudut pandangan mata ketika di selekoh. Ramai yang hanya pandang di depan mesin masing-masing sahaja menyebabkan proses masuk dan keluar selekoh tidak tepat. Teknik membrek juga perlu dipertingkatkan agar berada di laluan dengan selamat,” komen Kato-san.

Segala penat lelah dan keringat terbalas apabila setiap peserta telah dianugerahkan dengan sijil penyertaan oleh pihak HLYM. Selain itu juga pengalaman menunggang bersama dua pelatih berpengalaman dan rakan taulan ternyata cukup lebih tinggi nilainya. Para peserta juga berharap agar pihak HLYM akan terus menganjurkan program-program seperti ini di masa akan datang. RR

Isu Pada

Jun 2016

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.