Pengedar Pirelli Berkunjung ke WSBK Sepang
Pirelli merupakan jenama terkenal Eropah telah diberi pengiktirafan sebagai pembekal rasmi tunggal untuk tayar bagi kejohanan FIM Motul World Superbike Championship 2016. Di dalam kesempatan ini, Pirelli telah menjemput pengedar-pengedarnya dari Asia Tenggara termasuk Malaysia serta para wartawan untuk mengalami bersama kehangatan perlumbaan WSBK Race 1 di Hospitality Suite Sepang pada 14 Mei lalu.
Beberapa aktiviti dijalankan termasuklah membawa lebihkurang 30 orang pengedarnya ke Pirelli PIT. Di sini penjelasan diberikan mengenai operasi yang dijalankan bagi melancarkan perjalanan perlumbaan WSBK. Para pengedar diberi penerangan mengenai tayar dari pelbagai kategori seperti Diablo Supercorsa, Supercorsa SP, SC1, SC2 dan Diablo Wet. Aspek berkenaan teknikal gred, kompound dan kegunaan juga disampaikan. Secara umumnya banyak pengetahuan asas dan teknikal dapat diperolehi dan dipelajari semasa acara ini berlangsung.
Semasa menyaksikan Warm Up Race dan Race 1 bagi kategori WorldSBK, mereka disajikan dengan hidangan yang sedap dan menyelerakan. Para pengedar terhibur dengan kemenangan Tom Sykes yang menunggang jentera Kawasaki ZX-10R dari kedudukan pole, mendahului hingga ke garisan penamat 5.6 sec daripada Jonathan Rea (juga rakan sepasukan) di tempat kedua dan Chaz Davies di tempat ketiga.
Davide Giugliano dari Team Aruba.it Racing yang menunggang Ducati Panigale R dijemput sebagai tetamu terhormat bagi memeriahkan lagi acara ini. Beliau turut menandatangani cenderahati dan bergambar bersama peminat. RR
Popular