Pengeluar jenama aksesori motosikal GIVI telah dilantik selaku penaja rasmi topi keledar untuk pasukan pengiring Polis Diraja Malaysia, pasukan marshall dan media bermotosikal untuk acara perlumbaan basikal terkemuka dunia, Le Tour De Langkawi Edisi Ke-23 dari 18 hingga 25 Mac lalu.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melakukan rampasan ke atas sebuah premis perniagaan yang didapati telah menjual baju hujan tiruan berjenama GIVI. Operasi yang mengambil masa kira-kira dua jam setengah telah membawa kepada kejayaan rampasan sebanyak 465 pasang baju hujan.
Menjelang bulan November dan Disember, negara kita akan berdepan dengan musim hujan malah ada kalanya kita terpaksa meredah hujan hampir setiap hari. Demi memberi keselesaan dan memudahkan para penunggang, GIVI Asia Sdn Bhd telah memperkenalkan dua produk pakaian hujan menarik iaitu Baju Hujan PRS01.AX dan Pelindung Kasut SC02-N. Ia merupakan keinginan setiap penunggang di kala hujan.
Ada terdapat satu subset penunggang motosikal yang mana perbincangan tentang tayar boleh berlanjutan hingga berjam-jam, malah berhari-hari lamanya. Ini adalah kerana dua gegelang hitam yang dipasang pada motosikal itu sahajalah yang merupakan titik-titik sentuhan di antara jentera dan jalanraya.