Baju Hujan Tiruan GIVI Dirampas
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melakukan rampasan ke atas sebuah premis perniagaan yang didapati telah menjual baju hujan tiruan berjenama GIVI. Operasi yang mengambil masa kira-kira dua jam setengah telah membawa kepada kejayaan rampasan sebanyak 465 pasang baju hujan.
Operasi yang melibatkan 10 orang pegawai dari KPDNKK dan pihak GIVI telah bermula pada 11.30 pagi hingga 2.00 petang itu telah menemukan jumlah rampasan sebanyak 465 pasang baju hujan. Menurut pihak GIVI, mereka telah mengesan operasi penjualan berkenaan di premis ini selama tiga bulan sebelum melakukan tindakan.
Pada masa yang sama, pihak GIVI turut menasihati para pengguna agar sentiasa berwaspada dengan pembelian terutamanya menerusi urusniaga online. Jika harga yang ditawarkan terlalu murah, pengguna boleh mendapat kepastian terlebih dahulu di media sosial GIVI Malaysia sebelum membuat pembelian. Senarai penuh pengedar sah GIVI boleh didapati menerusi http://givi.com.my/malaysia.php?type=3.
Sebagai pengguna yang bijak, kita seharuskan memilih untuk membeli pakaian menunggang yang asli yang sudah pasti mempunyai kualiti lebih terjamin sepenuhnya. RR
Popular