Lindungi Diri Dari Hujan Dengan GIVI
Menjelang bulan November dan Disember, negara kita akan berdepan dengan musim hujan malah ada kalanya kita terpaksa meredah hujan hampir setiap hari. Demi memberi keselesaan dan memudahkan para penunggang, GIVI Asia Sdn Bhd telah memperkenalkan dua produk pakaian hujan menarik iaitu Baju Hujan PRS01.AX dan Pelindung Kasut SC02-N. Ia merupakan keinginan setiap penunggang di kala hujan.
Baju Hujan PRS01.AX ini menawarkan tahap kalis air yang cukup tinggi. Tidak kira hujan gerimis, lebat atau sangat lebat, baju hujan ini telah berjaya mengelakkan baju dan seluar daripada basah. PRS01.AX didatangkan dengan saiz S hingga 6XL yang dilengkapi dengan reflektif, interwoven ripstop, pelindung kepala boleh lipat (Foldaway Hood) untuk melindungi leher dan kepala, ruang udara di belakang, bahan elastik dan velcro di hujung lengan baju dan kaki.
Kualiti penglihatan manusia di waktu hujan atau ketika cuaca mendung kurang jelas dan ia lebih teruk apabila menjelang malam. Untuk melindungi para penunggang motosikal di saat itu, baju hujan GIVI ini disempurnakan dengan warna Kuning Neon yang cukup terang sekali. Setiap pergerakan kita kini mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain. Baju hujan GIVI ini juga berfungsi untuk melindungi tubuh kita daripada hawa dingin melampau sewaktu menempuh hembusan angin ketika menunggang.
Sudah pasti ia dimiliki oleh setiap penunggang motosikal dan Baju Hujan PRS01.AX ini ditawarkan pada harga RM281.00 (termasuk GST).
Pelindung kasut GIVI pula dihasil dengan menggunakan 100% bahan polister yang dijamin kalis air. Untuk keselesaan, ia turut dilengkapi dengan pengikat (velcro) dan tapak anti-licin. Memang selesa dan langsung tidak mengganggu tunggangan ketika memakai pelindung kasut GIVI ini. Ia juga cepat kering.
Dengan adanya produk ini, para penunggang motosikal tidak perlulah memakai selipar semata-mata untuk mengelakkan kasut kerja daripada basah. Penggunaan selipar ketika menunggang sangat berbahaya! Kaca, kayu, batu atau serpihan besi yang berada di tengah jalan kadangnya terpelanting ke arah penunggang dan jika terkena kaki, buruk padahnya. Keadaan lebih buruk jika kita terbabas....
Jangan ambil risiko dan dapatkan pelindung kasut ini. Ia dipasarkan pada harga RM79.50 (termasuk GST) dengan pelbagai saiz dari L hingga 3XL. Barang ini boleh didapati di GIVI Point serta pengedar rasmi GIVI di seluruh negara. RR
Popular