Pirelli Diablo Supercorsa: Jadian Jentera Lebih Pantas
Sejak digunakan pada pusingan kedua yang berlangsung di MAEPS pada bulan Julai lalu, hampir 90% daripada pasukan yang bersaing dalam kategori prima CP150 dalam perlumbaan Petronas Cub Prix memilih untuk menggunakan tayar belakang Pirelli Diablo Supercorsa. Seperti mana-mana model Supercorsa yang lain tidak kira untuk jentera berkuasa tinggi ataupun untuk moped, tayar ini terkenal kerana menawarkan daya cengkaman yang tinggi untuk semua jenis permukaan jalan, tidak kira kering atau basah.
RR sempat bertemu dan menemuramah beberapa orang pelumba dan pengurus pasukan untuk bertanyakan mengapa mereka memilih Pirelli Diablo Supercorsa.
“Sejak kami bertukar kepada tayar ini, serta merta catatan masa jauh lebih pantas. Pada sesi pertama ujian (ketika di Litar MAEPS), kami telah mengurangkan catatan masa satu saat lebih pantas berbanding tayar sebelumnya. Ini disebabkan Pirelli Diablo Supercorsa 110/70 ZR17 MC cukup sesuai untuk mengawal pergerakan dan hantaran kuasa jentera Y15ZR. Pengendalian jentera di dalam selekoh tidak dinafikan kini jauh lebih baik dan meyakinkan. Inilah yang membolehkan setiap pergerakan dan penukaran posisi kami lakukan dengan pantas,” kata pelumba CP150 yang cukup berpengalaman, Ahmad Fazli Sham.
Menurut Pengurus Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha, En. Mohd Syafari Saad, kemantapan tayar ini terbukti dalam mana-mana keadaan. Sememangnya Pirelli Diablo Supercorsa menawarkan prestasi yang cemerlang di permukaan kering tidak perlu diragui lagi tetapi kemampuannya memberi cengkaman kuat di waktu hujan atau di permukaan basah adalah yang amat dikehendaki oleh setiap pasukan.
“Setakat ini, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ amat berpuas hati dengan keupayaan tayar ini dan kami belum berjumpa mana-mana tayar lain yang mampu menyaingi tahap serta daya cengkaman seperti Pirelli ini. Kami telah menguji tayar Pirelli untuk digunakan pada bahagian hadapan tetapi masih belum dapatkan yang benar-benar sesuai. Kami juga diberitahu bahawa jurutera Pirelli akan datang ke Malaysia untuk melakukan ujian dan pembangunan tayar hadapan yang sesuai untuk perlumbaan di sini,” tambah En. Syafari Saad.
“Memang cukup sesuai dengan karaktor dan kelajuan jentera Y15ZR. Cengkamannya baik dalam setiap keadaan. Saya dapat membrek lebih lambat dengan kemas walaupun di selekoh yang tajam kerana cengkamannya yang betul-betul cemerlang. Memang mantap Pirelli ini,” komen jagoan pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ, Ahmad Afif Amran.
Ternyata pembangunan tayar untuk perlumbaan jentera bersesaran kecil akan terus dibangunkan oleh Pirelli kerana produk hebat ini sememangnya perlu dinikmati oleh semua pencinta motosikal. Pirelli Diablo Supercorsa ini merupakan tayar perlumbaan yang sah digunakan di jalanan biasa (street legal) dan menawarkan cengkaman yang cukup mantap, kerana itulah ia menjadi pilihan..... termasuk Sang Juara.
Produk hebat ini boleh didapati di South East Asia Auto Parts Sdn Bhd yang terletak di Lot 6 & 8, Jalan Segambut Pusat, Segambut, 51200 Kuala Lumpur dan para pengedar mereka di seluruh negara. Tel: 03-62501536 Fax: 03-62502258. RR
Popular