Isu Terkini

Julai 2024

Warta Produk / 1 September 2020

Kotak Barang GIVI Antartica B42N Monolock: Elegan, Tahan Lasak & Luas.

GIVI Asia Sdn Bhd dengan bangganya melancarkan produk terbaru mereka iaitu kotak barang 'The Antartica' B42N Monolock yang sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh para pengguna motosikal khususnya mereka yang memerlukan ruang simpanan untuk mengembara atau untuk menyimpan barangan keperluan seperti pakaian menunggang, topi keledar, barangan peribadi dan lain-lain.

Apa yang lebih membanggakan ialah 'Antartica' ini merupakan produk buatan Malaysia yang dihasilkan menerusi hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara berterusan serta menyeluruh. Produk ini juga sedang pesat dikeluarkan agar ia dapat dibekalkan bukan sahaja di Malaysia, malah ke seluruh dunia dengan segera.

'Antartica' bersaiz 42 liter yang menawarkan kualiti pembikinan cukup tinggi, lengkap dengan ciri-ciri keselamatan (stiker reflektor & micro 3 locking system) bentuk yang elegan serta ruang simpanan yang mampu memuatkan dua buah topi keledar dengan mudah. B42N dihasilkan daripada Polypropylene (PP) kelas tertinggi, penggunaan pelbagai jenis bahan mentah, campuran serta teknik ‘Injection merupakan keistimewaan GIVI yang digunakan bertahun lamanya.

“Kami melihat E43 menjadi salah satu kotak simpanan yang paling popular di kalangan penunggang motosikal terutamanya di Malaysia. Kapasitinya yang besar membolehkan mereka membawa barang dalam kuantiti yang banyak. Penunggang dari semua jenis motosikal tanpa mengira saiz turut memilihnya. Kami yakin bahawa produk ini akan memberi impak yang baik, walaupun dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar ini,” kata Pengarah Urusan GIVI Asia, En. On Hai Swee.

Pengarah Urusan GIVI Asia, En. On Hai Swee memperkenalkan kotak barang GIVI Antartica B42N.
Pengarah Urusan GIVI Asia, En. On Hai Swee memperkenalkan kotak barang GIVI Antartica B42N.
Dari kiri: Sdr. Muhd Ilhamy, En. On Hai Swee, En. Julian Loh & En. Sam Sharman di sesi sidang media pelancaran kotak barang 'The Antartica'.
Dari kiri: Sdr. Muhd Ilhamy, En. On Hai Swee, En. Julian Loh & En. Sam Sharman di sesi sidang media pelancaran kotak barang 'The Antartica'.

GIVI turut mengingatkan bahawa kotak barang ini bukanlah 'peti simpanan' yang wajar digunakan untuk menyimpan barang berharga. Walaupun sistem kunci yang terdapat pada Antartica memang terbukti sangat selamat, namun begitu adalah lebih baik barangan berharga sentiasa dibawa bersama. Sistem kunci dan kotak GIVI juga direka dengan bijak agar ia dapat ditanggal dari braket dengan mudah.

Antartica B42N ditawarkan pada harga RM420 dan akan mulai dijual pada Ogos ini di GIVI Points serta semua para pengedar sah GIVI di seluruh negara manakala untuk pasaran global, ia akan mengambil masa penambahan kira-kira sebulan atau dua bulan selepas itu. RR

Isu Pada

September 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.