Lindungi Jentera Anda Dengan Pelincir FKR
Motosikal ternyata merupakan alat perhubungan yang amat penting sekarang ini. Bagi penduduk kota khususnya, penggunaan jentera beroda dua ini banyak membantu dalam mempercepatkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat tanpa perlu memikirkan tentang kelewatan disebabkan kesesakan lalu lintas. Oleh itu, enjin perlu sentiasa disempurnakan dengan penggunaan pelincir terbaik yang mampu memberi perlindungan optimum setiap masa.
FKR Marketing Sdn Bhd bakal melancarkan produk terbaru mereka iaitu Pelincir Motosikal FKR yang merupakan produk 100% dihasilkan di Lube Oil Blending Plants (LOBP) di Singapura yang dilengkapi dengan prasarana dan makmal serba moden demi memastikan kualiti yang tinggi. FKR Marketing Sdn Bhd cukup yakin dan positif dengan kolaborasi bersama syarikat dari Singapura ini yang mempunyai reputasi tinggi di 37 buah negara di seluruh dunia.
Syarikat tersebut telah menerima pengiktirafan antarabangsa menerusi pencapaiannya dalam ISO 9001:2008 dan ISO 14001:2015 yang menitikberatkan tahap kualiti dan pengurusan alam sekitar serta memastikan produk yang dihasilkan selamat dan boleh dipercayai.
Pelincir Motosikal FKR memenuhi piawaian serta spesifikasi yang ditetapkan oleh American Petroleum Institute (API) dan Engine Oil Licensing & Certification System (EOLCS), Society of Automotive Engineers (SAE) dan Japanese Engine Oil Standard Implementation Panel (JASO).
Untuk memastikan produk mereka dinikmati oleh pelbagai jenis pengguna motosikal, FKR Marketing Sdn Bhd bakal memperkenalkan lima pelincir berkualiti tinggi iaitu:
FKR Ultimate 4T SAE 10W40 (Semi sintetik) dicipta untuk melindungi enjin dengan cekap dalam pelbagai kondisi, memanjangkan jangka hayat enjin, mengatasi pembentukan deposit berbahaya di bahagian dalam enjin dan memastikan enjin terlindung daripada karat dan kakisan.
FKR Scooter Superior 4T SAE (Mineral) pula dicipta untuk mengekalkan prestasi enjin jentera skuter ke tahap paling optimum dengan menambah jangka hayat enjin, memiliki formula geseran rendah, meningkatkan tahap penjimatan bahan api dan memperbaiki tahap kestabilan thermo-oxidative ketika enjin berada di suhu yang tinggi.
FKR Super-V 4T SAE 40 (Mineral) pula menawarkan perlindungan enjin yang terbaik, disyorkan untuk enjin jentera empat lejang yang ringan serta kecil dan memastikan ia amat berbaloi untuk dimiliki.
FKR Hyper-P 4T SAE 20W50 (Mineral) turut menawarkan perlindungan dan penambahan jangka hayat enjin dalam pelbagai kondisi, ia juga direka untuk mengatasi pembentukan deposit berbahaya di bahagian dalam enjin dan memastikan enjin terlindung daripada karat dan kakisan.
FKR Super-V 2T API TB JASO FB (Mineral) memastikan enjin sentiasa bersih dengan perlindungan terbaik terhadap pembentukan deposit yang berbahaya, melindungi enjin ke tahap maksimum dan pada masa yang sama mempertingkatkan prestasi.
FKR Motorcycle Oil ini akan berada di pasaran bermula pada bulan Mei 2019 ini. RR
Popular